Ibu & Bapa,  Penjagaan,  Tips

5 Tips Turunkan Kuning Bayi yang Berkesan dan Wajib Dicuba

Berikut cara turunkan kuning bayi yang berkesan dan wajib di cuba.

Kuning bayi atau lebih dikenali sebagai jaundis adalah normal bagi bayi baru lahir.
Namun, jika tidak di kawal dengan baik, ianya sudah pasti memudaratkan kesihatan si manja.

Terdapat bayi yang akan hilang kuning ini dalam tempoh yang cepat dan ada juga yang mengambil masa lama sehingga perlu masuk wad.

Khususnya bagi ibu yang baru melahirkan anak pertama, perkara ini pastinya sangat merisaukan.
Oleh itu, artikel ini pastinya untuk anda bagi membantu kurangkan kerisauan dan sekaligus memberikan idea dalam turunkan kuning bayi.

Tips Turunkan Kuning Bayi

Antara tips yang ibubapa boleh cuba untuk turunkan kuning bayi, adalah;

1 Penyusuan yang Kerap dengan Teknik Betul


Anda hanya perlu kerap menyusu untuk turunkan kuning bayi.
Kalau boleh, setiap 1-2 jam.
Ianya bertujuan untuk memastikan si manja kekal kenyang dan pembuangan semakin kerap.
hal ini sangat membantu dalam penurunan kuning si manja.

Namun, terdapat juga kes dimana ibu menyusu dengan kerap, tapi bila esoknya ke klinik, kuning tak jugak turun!
Malah kuning semakin naik atau mungkin turun sedikit saja.
Puncanya, ibu tidak menyusukan dengan cara yang yang betul.
Pastikan si manja menyusu dengan betul dan mendapatkan air susu yang sepatutnya.

2 Pemakanan yang Berkualiti dan Seimbang

Menjaga pemakanan yang sihat dan seimbang sangatlah penting untuk anda yang sedang berpantang dan menyusukan bayi.
Selain itu, ibu juga perlu kekal sihat dan bertenaga, untuk menghasilkan susu yang cukup dan berkualiti untuk bayi.
Antara makanan yang berkualiti untuk susu ibu adalah seperti; kurma dan madu.

3 Titiskan Susu Kambing ke Dalam Mulut Bayi

Umumnya, rawatan susu kambing tidak sesuai kerana ianya tidak mempunyai bukti saintifik berkesan.
Susu kambing juga tidak sesuai diberikan pada bayi berumur 12 bulan ke bawah.

Namun begitu, pemberian dalam kuantiti yang sedikit pastinya tidak memudaratkan si manja.
Bagi membantu turunkan kuning bayi, ibubapa hanya perlu titiskan 5-7 titis ke dalam mulut bayi.
InsyaAllah terbukti membantu para ibu.

4 Pemberian Susu Formula

Kredit Jowalks

Secara klinikalnya, pemberian susu formula adalah tidak baik bagi bayi baru lahir.
Namun dari segi praktikal, susu formula sangat membantu para bayi membuang air besar dan kecil dengan lebih kerap.
Semakin kerap si manja membuang, peratus untuk kuning bayi berkurangan adalah lebih tinggi.
Kuning bayi akan berkurangan apabila si manja membuang air besar dan kecil.

5 Pancaran UltraViolet/Rawatan Fototerapi

Sebelum sinaran ultraviolet diperkenalkan, ibubapa terdahulu mengamalkan kaedah jemur bayi di bawah matahari.
Namun, kaedah ini mungkin tidak lagi relevan pada masa kini kerana adanya peralatan kesihatan yang lebih canggih dan moden.

Selain masuk wad untuk terapi ultraviolet, ibubapa juga boleh lakukan di rumah.
Hal ini disebabkan, diluar sana terdapat servis penyewaan mesin sinaran ultraviolet khas untuk menurunkan deman kuning.

Tetapi, ibubapa perlu hati-hati ketika mengunakan mesin ini.
Pastikan ianya digunakan dengan cara dan tektik yang betul.

Bacaan Kuning Bayi Lahir Normal

Panduan bacaan kuning bayi lahir normal seperti berikut;

Bacaan Normal

  1. Paras bilirubin dalam darah bayi kurang daripada 205 µmol/L.
  2. Biasanya kuning ringan yang tidak memerlukan rawatan khas.
  3. Hanya perlu pantau dan pastikan bayi menyusu dengan kerap.
  4. Biasanya akan hilang sendiri dalam 7-10 hari untuk bayi cukup bulan.

Ciri-ciri:

  • Warna kuning hanya di muka dan bahagian atas dada.
  • Keadaan bayi masih aktif, menyusu baik dan kencing najis normal.

Bacaan Berisiko (Mungkin masuk ward)

  1. Paras bilirubin sekitar 205 – 340 µmol/L.
  2. Bayi berisiko mengalami komplikasi jika bacaan terus meningkat.
  3. Perlu pemantauan rapat oleh doktor dan biasanya akan dimulakan rawatan fototerapi.
  4. Doktor akan periksa kekerapan menyusu, jumlah lampin basah dan najis bayi.

Ciri-ciri:

  • Warna kuning semakin merebak ke badan, tangan dan kaki.
  • Bayi mula nampak sedikit lesu atau kurang aktif.
  • Kuning bertahan melebihi 10 hari.

Bacaan Bahaya (Perlu masuk ward)

  1. Paras bilirubin melebihi 340 µmol/L.
  2. Keadaan kritikal yang boleh menyebabkan kernikterus (kerosakan otak akibat bilirubin berlebihan).
  3. Bayi akan segera dimasukkan ke hospital untuk fototerapi intensif atau pertukaran darah (jika perlu).

Ciri-ciri:

  • Bayi terlalu mengantuk, sukar menyusu, lemah.
  • Warna kuning merebak ke seluruh badan termasuk tapak tangan dan tapak kaki.
  • Tangisan nyaring dan mungkin mengalami serangan sawan.

Bacaan Normal Kuning Bayi Pramatang

Bayi pramatang ialah bayi lahir sebelum 37 minggu kandungan. Mereka lebih mudah kena kuning sebab hati belum matang untuk proses bilirubin.
Bacaan normal kuning bayi pramatang lebih rendah berbanding bayi cukup bulan.

Bacaan Bilirubin Normal Bayi Pramatang

  • Hari pertama (0-24 jam): bawah 150 µmol/L
  • Hari kedua: bawah 200 µmol/L
  • Hari ketiga & seterusnya: bawah 250 µmol/L

Kenapa Bayi Pramatang Mudah Dapat Kuning Tinggi

  • Hati belum cukup matang proses bilirubin.
  • Lebih banyak sel darah merah yang mudah pecah.
  • Sistem perkumuhan masih lemah.
  • Kurang menyusu yang mengakibatkan bilirubin lambat keluar.

Rawatan Kuning Bayi Pramatang

  • Fototerapi (rawatan lampu)
  • Pemantauan bacaan bilirubin lebih kerap.
  • Pertukaran darah jika bacaan terlalu tinggi.

Tempoh Kuning Bayi Pramatang

  • Biasanya ambil masa 2-3 minggu untuk kembali normal.
  • Lebih lama berbanding bayi cukup bulan.

Faktor yang Menyebabkan Bacaan Menjadi Tidak Normal

Terdapat beberapa faktor yang dipercayai menjadi punca kepada bacaan normal kuning bayi boleh bertukar kepada bacaan tidak normal. Antaranya:

  • Ibu yang mempunyai darah jenis O.
  • Ketidak serasian kumpulan darah antara ibu dan anak.
  • Bayi yang mempunyai kekurangan G6PD – Kekurangan enzim ini menyebabkan sel-sel darah merah tidak stabil apabila terdedah pada bahan-bahan tertentu. Walau bagaimanapun, tidak lebih daripada 5% bayi mengalami masalah ini.
  • Bayi yang mempunyai masalah tiroid.
  • Bayi pramatang.
  • Jangkitan kuman pada bayi. Bayi biasanya kelihatan lemah dan memerlukan rawatan di hospital.

Baca Juga:
10 Jenama Susu Formula Newborn Terbaik Di Malaysia
Tanda-Tanda & Cara Mengatasi Anak Kembung Perut

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *