Tanda-Tanda dan Cara Mengatasi Anak Kembung Perut
Ibu & Bapa,  Kesihatan,  Penjagaan

Tanda-Tanda & Cara Mengatasi Anak Kembung Perut

Berikut tanda-tanda dan cara mengatasi anak kembung perut.

Umumnya, kembung perut tiada kesan jangka masa panjang.

Anda hanya perlu lalui tempoh tangisan yang lama dari anak anda, selain daripada itu tiada apa yang perlu anda risaukan.

Ibubapa perlu tenang menghadapi situasi seperti ini jika berlaku pada anak anda.

Perkara penting yang wajib ibubapa ketahui adalah tanda-tanda dan cara mengatasi anak kembung perut agar tidak berlaku kejadian yang lebih buruk apabila tidak di rawat lebih awal.

Apa itu kembung perut?

Menurut maksud perubatan, kembung perut itu adalah di mana anak anda menangis secara berlebihan, kerap berlaku dan lama yang terjadi pada seorang bayi yang sihat.

Anak anda selalunya akan menangis melebihi 3 jam sehari, melebihi 3 hari seminggu dan perkara ini terjadi sekurang-kurangnya paling sekejap dalam masa seminggu.

Tanda-Tanda Anak Kembung Perut

  • Menangis melebihi 3 jam sehari.
  • Tangisan yang sukar ditenangkan dan berpanjangan – tangisannya akan berbunyi keras dan lain berbanding tangisan bayi yang biasa.
  • Tangisan selalunya memuncak pada lewat petang hingga ke malam.
  • Muka bayi anda akan kemerah-merahan semasa menangis.
  • Bayi anda akan menggenggam tangan mereka dan mengangkat kakinya hingga ke atas perut.

Jika anda risau tangisan anak anda itu bukan disebabkan oleh kembung perut tetapi sakit yang lain, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan dan rawatan selanjutnya.

Cara Berkesan Atasi Masalah Anak Kembung Perut

1 Teknik penyusuan yang betul

Sekiranya anak menyusu badan, anda perlu memastikan anak melekap pada puting susu dengan betul.

Cara ini dapat mengelakan anak tertelan ‘angin’. Teknik penyusuan yang betul juga dapat membantu mengelakan ‘nipple crack’.

Tanda-Tanda dan Cara Mengatasi Anak Kembung Perut
Posisi Mulut Anak yang Betul Ketika Menyusu

2 Pemilihan botol susu yang sesuai

Botol dan saiz puting memainkan peranan penting terhadap aliran susu agar tidak mengakibatkan bayi tidak selesa perut.

Tanda-Tanda dan Cara Mengatasi Anak Kembung Perut

Lihat di Shopee

Baca Juga: 10 Botol Susu Terbaik untuk Bayi 

3 Elakkan makanan berangin bagi ibu menyusu anak

Ibu menyusu badan mungkin perlu mengelak daripada beberapa jenis makanan yang diketahui boleh menyebabkan masalah kembung perut pada anak.

Antaranya, kubis, brokoli, bunga kubis, kafien, beralkohol serta makanan yang berasaskan sumber tenusu.

4 Sendawakan anak selepas menyusu

Jika anak tidak disedawakan selepas menyusu, anak berpotensi kembung perut kerana mempunyai angin terperangkap.

Gunakan cara sedawakan anak yang betul.

Contohnya, letak anak pada dada kemudian tepuk belakang anak secara perlahan sehingga bunyi ‘BURPING’ kedengaran.

Tanda-Tanda dan Cara Mengatasi Anak Kembung Perut
Tenik Sedawakan Anak yang Betul

5 Mengurut dengan minyak aromaterapi

Gunakan minyak yang sesuai untuk disapukan pada bahagian perut bayi dan urut dengan lembut.

Berikut contoh minyak angin yang sesuai dengan anak.

Lihat di Shopee

6 Elakkan pakaian yang lembab

Pastikan baju yang digunakan anak kering dan berasa suam agar anak tidak terserap udara sejuk yang boleh mengakibatkan anak kembung perut.

7 Tukar susu formula

Sesetengah anak mungkin tidak sesuai dengan susu formula tertentu yang boleh menyebabkan alahan terhadap protein susu lembu, laktosa atau ususnya yang belum matang untuk menerima bendasing masuk ke perut anak.

Ibubapa mungkin boleh mencuba susu ini yang sememangnya dirumus khas untuk anak yang mengalami masalah kembung perut.

Lihat di Shopee

Baca Juga: 10 Jenama Susu Formula Newborn Terbaik Di Malaysia

Jika anda sudah melakukan cara-cara tersebut tetapi anak masih belum berhasil, malahan timbul gejala seperti dibawah ini, segera bawa berjumpa doctor;

  • Tangisan yang lemah, nyaring dan berterusan.
  • Lemah ketika diangkat oleh anda.
  • Tidak mahu minum susu.
  • Muntahkan cecair hijau.
  • Mempunyai darah pada najis.
  • Ubun-ubun timbul.
  • Serangan sawan.
  • Bertukar kebiruan, atau sangat pucat.
  • Mempunyai masalah pernafasan, seperti pernafasan laju atau meneran semasa bernafas.
  • Demam melebihi suhu 38°C ke atas (jika berusia 3 bulan ke bawah) atau 39°C ke atas (jika mereka berusia 3-6 bulan)

PERALATAN WAJIB ADA DI RUMAH

Lihat di Shopee

Baca Juga: Tips Rawatan Anak Demam Di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *