Ibu & Bapa,  Kelengkapan,  Penjagaan

5 Cara Potty Train Yang Mudah & Berkesan

Potty train adalah langkah terbaik untuk memisahkan anak anda dengan lampin/diaper.

Jika ianya berjaya, ini merupakan pencapaian penting dalam perkembangan anak-anak.

Apakah Potty Train?

Proses melatih kanak-kanak menggunakan tandas untuk buang air kecil dan buang air besar.

Biasanya, latihan bermula dengan peranti berbentuk mangkuk tandas yang lebih kecil.

Potty Train
Peranti tandas mudah alih khas untuk anak

Peranti potty train yang boleh anda pilih;

  1. Toilet Trainer Ladder Nursery for Kids Chair – RC27
  2. Potty Urinal Training Simulation Toilet Seat Kids – RF12
  3. Potty Training Toilet Seat Super Soft Cushion with Handle
  4. Cartoon Kids Toilet Training Potty and Seats
  5. Children’s Toilet Pedestal Pan

Bilakah Masa yang Sesuai Potty Train Anak?

Secara amnya, tiada waktu/umur yang ditentukan untuk memulakan.

Mengikut trend ibubapa di Malaysia, ada yang memulakan seawal 2 tahun dan ada juga yang masih memakaikan lampin sehingga 5 tahun.

Oleh itu, ianya tergantung pada ibubapa itu sendiri.

Tetapi kebiasaannya hampir kesemua ibubapa akan memulakan pada saat anak-anak menghampiri masa ke tadika.

Cara Potty Train yang Betul

1. Kenalpasti Tanda-Tanda Anak Telah Bersedia

Perkara asas paling penting yang perlu anda pertimbangkan adalah tahap kesediaan mental dan fizikal anak.

Antara tanda yang perlu anda ketahui adalah:

1.1 Bilangan Lampin yang Digunakan Dalam Sehari

Lampin akan selalu penuh pada usia awal.

Namun, ianya akan kurang apabila usia meningkat.

Hal ini berlaku disebabkan kemampuan anak untuk mengawal pundi kencing semakin baik.

1.2 Berani Bersuara

Apabila anak meningkat usia, mereka akan lebih berani untuk memberitahu keinginan mereka untuk membuang air besar atau kecil.

1.3 Tidak Selesa Memakai Lampin

Anak rasa tidak selesa memakai lampin yang berisi najis atau penuh kencing juga tanda mereka bersedia.

2. Latih Anak Mengunakan Tandas

Biasakan anak dengan peralatan-peralatan tandas yang digunakan untuk membersihkan diri.

Ajar juga anak cara-cara mengunakan tandas dengan betul.

3. Memberi Hadiah

Beri galakan dan semangat kepada anak sekiranya berjaya membuang air besar dan kecil dengan memberikan hadiah.

Elak menghukum atau memarahi anak jika terbuang di luar tandas seperti lantai atau karpet.

4. Lakukan Pada Masa Lapang

Pilih masa yang sesuai untuk memulakan potty train.

Perkara ini amat penting untuk memastikan ibubapa dapat memantau dengan baik proses latihan tandas si manja.

5. Ajar Anak Sebutan yang Betul

Didik anak menyebut dengan jelas untuk menyatakan niatnya .

Dengan cara ini, ibubapa dapat memahami kehendaknya dan dapat bertindak dengan segera.

Langkah Pertama yang Perlu Anda Lakukan

  •  Biarkan anak anda tidak memakai pampers/lampin dan seluar.
  •  Perhatikan gerak gerinya, jika terlihat seperti ingin membuang air besar/kecil, segera membawanya ke mangkuk potty.
  •  Galakan anak minum air dengan banyak agar dia terasa selalu ingin membuang air.
  •  Buat demonstrasi mengunakan mangkuk potty untuk memudahkan anak faham cara penggunaannya.
  •  Sekiranya anak berjaya membuang air, pastikan anda memujinya agar anak lebih termotivasi.
  • Pastikan sebelum tidur anak membuang air terlebih dahulu.

Baca Juga: 10 Permainan Merangsang Minda Anak Terbaik & Popular

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *