Ibu & Bapa,  Kesihatan,  Pemakanan

10 Tips Agar Anak Berselera Makan Ibubapa Perlu Tahu

Berikut tips agar anak berselera makan yang ibubapa boleh gunakan sebagai panduan.

“Aku risau anak aku ni.. tidak mahu makan. minum susu saja padahal umur dia, sepatutnya pandai makan sudah.

Tengok anak jiran sebaya anak aku, tapi makan kuat, makan nasi, buah dan macam-macam.. risaulah, ada petua ka?”

Antara keluhan si ibu.

Baiklah! kami akan berikan beberapa tips yang mungkin boleh digunakan oleh ibubapa diluar sana.

10 Tips Agar Anak Berselera Makan

Antara tips yang ibubapa boleh cuba agar anak berselera makan, adalah;

1 Makan Appeton

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Makan appeton untuk tambah selera makan anak bukanlah sesuatu yang baru.

Appeton memang terkenal sebagai vitamin untuk meningkatkan tumbesaran anak dan menaikkan selera makan anak.

Jadikannya sebagai makanan tambahan anak anda.

2 Makan Vitamin C

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Vitamin C menjadikan anak lebih bertenaga, kuat makan dan meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

Dengan mengamalkan vitamin C, tidak mustahil anak anda akan ada selera untuk makan.

3 Mempelbagaikan Makanan bayi

Selain nasi, apa kata anda pelbagaikan makanan untuk anak anda.

Makanan bayi seperti bubur, pizza, spagetti, oat dan lain-lain lagi pasti membuatkan anak anda tertarik.

4 ‘Motivate’ Anak

Jangan lupa, emosi anak juga penting.

Antara motivasi yang boleh anda berikan adalah;

  • Motivasi anak dengan menceritakan kelebihan makan sayuran
  • Cara untuk jadi kuat seperti superhero pujaannya
  • Sediakan babychair feeding dan macam-macam lagi.
  • Anda juga boleh membelikan hadiah kepada anak sebagai motivasi.

5 Buat Aktiviti

Semakin anak bergerak aktif, semakin lapar si dia.

Apabila sudah lapar, berikan mereka nasi dan makanan selain dari susu.

Ia juga adalah salah satu cara tambah selera makan anak.

Anda boleh membeli gelongsor bayi atau basikal dan biarkan anak bermain sepuas-puasnya sejam sebelum makan.

Mereka akan terasa lapar dan kemungkinan akan mengambil makanan yang anda sediakan.

6 Makan Bersama Anak

Anda boleh meluangkan masa makan bersama anak dalam keadaan yang menyeronokkan.

Mungkin makan di taman, berkelah atau di rumah, tetapi berikan mereka makanan yang sihat, sedap dan mengenyangkan.

7 Hias Makanan Dengan Kreatif

Hias makanan dengan kreatif juga adalah alternatif tambah selera makan anak dengan mudah.

Makanan yang dihias gaya kreatif seperti mainan, bentuk muka orang dan lain-lain bentuk lagi akan membuatkan anak tertarik dan ingin makan.

Anda juga boleh melakukan hal yang sama untuk bekalan anak ke sekolah.

Pasti anak anda dan kawan-kawan mereka teruja melihat bekalan yang anda sediakan.

Ia sememangnya amat menarik.

8 Biarkan Anak Makan Bersepah

Sekiranya anak anda mula makan, biarkan dia makan sendiri dan biarkan sahaja jika bersepah.

Sekiranya anda sibuk berleter dan mengemas, mungkin itu akan mematikan moodnya untuk makan, malah sukar lagi untuk tambah selera makannya.

9 Jadikan Makan Sebagai Aktiviti

Makan adalah rutin harian, tetapi anak anda menganggapnya sebagai perkara yang remeh.

Anda boleh mulakan aktiviti makan sebagai aktiviti yang menyeronokkan di rumah.

Sediakan makanan mereka seolah-olah set makan mainan untuk mereka melakukan aktiviti.

10 Beri peluang anak pilih makanan yang dia mahu

Sesetengah anak akan lebih suka makan makanan yang dia inginkan sahaja.

Oleh sebab itu,  beri dia peluang membuat pilihannya sendiri.

Namun ibu-ibu perlu ingat kualiti kesihatan anak tergatung kepada makanan yang di hadamnya.

Selamat mencuba!!

Baca juga: makanan tambahan untuk bayi

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *