Aktiviti & Hiburan,  Penjagaan

14 Tanda Anak Speech Delay yang Wajib Ibubapa Ketahui

Berikut adalah tanda speech delay yang wajib ibubapa ketahui.

Apakah itu speech delay?

Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi.
Ianya tidak baik untuk perkembangan anak jika tidak di rawat dengan betul.

Oleh itu, penting bagi ibubapa mengetahui tanda-tanda anak speech delay agar rawatan awal dapat di lakukan segera.

Tanda-tanda anak ‘Speech Delay’

Kanak-kanak yang mengalami kelewatan pertuturan sebenarnya boleh dikesan sejak usia 12 tahun lagi.
Pada usia ini, sepatutnya kanak-kanak tersebut sudah boleh;

  • Melambai ‘bye-bye’ atau menggunakan jari telunjuk untuk menunjuk ke arah objek.
  • Menggunakan beberapa bunyi konsonan.
  • Menyuarakan keperluan mereka.

Apabila mencapai usia 15 hingga 18 bulan, seorang kanak-kanak itu berisiko untuk menghidap kelewatan bercakap jika mereka belum boleh menunjukkan perkara-perkara seperti berikut:

  • Belum mengucapkan ‘mama’ dan ‘dada’.
  • Tidak membalas apabila diberitahu perkara seperti ‘Tidak’, ‘Jangan’, ‘Helo’ dan juga ‘Bye’.
  • Belum mempunyai satu hingga tiga kosa kata (menjelang usia 12 bulan) dan 15 perkataan menjelang usia 18 bulan.
  • Tidak berupaya untuk mengenal pasti bahagian badan.
  • Menunjukkan kesukaran dalam meniru bunyi dan tindakan.

Manakala, pada usia 2 hingga 4 tahun pula, berikut adalah tanda-tanda tambahan untuk speech delay yang perlu anda perhatikan:

  • Gagal menghasilkan ayat secara spontan.
  • Tidak mampu untuk mengikut arahan mudah.
  • Tidak mampu untuk menyambungkan dua perkataan.
  • Kurang bunyi/penggunaan konsonan pada permulaan atau di penghujung perkataan.
  • Sukar untuk difahami oleh ahli keluarga terdekat sendiri.
  • Tidak mampu untuk membuat ayat mudah yang mengandungi dua hingga tiga patah perkataan

Apakah Penyebab Speech Delay?

Proses bercakap sebenarnya melibatkan tiga organ dalam badan iaitu otak, telinga dan mulut.
Kanak-kanak yang proses pertuturannya terganggu biasanya mempunyai masalah dengan ketiga-tiga organ ini.
Gangguan ini termasuk:

Gangguan yang berlaku di dalam otak

Puncanya mungkin disebabkan oleh gangguan saraf atau gangguan mental.
Sebagai contoh, ternyata kanak-kanak itu mengalami autisme, kecacatan mental, atau gangguan pertuturan tertentu.

Gangguan yang berlaku pada telinga

Selalunya berlaku pada kanak-kanak yang mengalami kecacatan telinga atau faktor luaran.
Contohnya, pekak sejak lahir, jangkitan telinga dan/atau pekak akibat penyakit yang tidak dirawat dengan betul

Gangguan mulut

Kebiasaannya, kerosakan pada organ mulut berpunca daripada masalah bumbung mulut dan juga kerana terkelu lidah.
Keadaan ini boleh menyebabkan kesukaran lidah bergerak bebas sehingga artikulasi pertuturan kanak-kanak menjadi tidak jelas.

Screen Time

Sejak kebelakangan ini, banyak kajian menyatakan terdapat satu faktor luaran yang boleh mempengaruhi perkembangan pertuturan kanak-kanak.
Faktor tersebut adalah ‘Screen Time’ kepada kanak-kanak pada usia yang terlalu awal.

Pemberian ‘handphone’ awal tidak digalakkan kerana otak kanak-kanak belum dapat memproses maklumat yang masuk secara optimum.
Faktor ini, jika tidak ditangani lebih awal, tidak mustahil anak akan keliru apabila ingin menyampaikan sesuatu.

Rawatan Speech Delay

Jika gangguan pertuturan pada kanak-kanak dikesan lebih awal, terdapat kemungkinan besar ia boleh dirawat dan boleh berkembang mengikut pencapaian.
Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi gejala kelewatan pertuturan pada kanak-kanak antaranya adalah seperti berikut:

Terapi bercakap

Ibu bapa boleh membawa anak mereka ke pakar pediatrik jika mengesyaki mereka mengalami kelewatan pertuturan.
Doktor kemudiannya akan mengarahkan ibu bapa ke terapi pertuturan.
Biasanya doktor akan melantik ahli terapi untuk memberikan rawatan dan terapi pertuturan yang sesuai.

Mengalakan kanak-kanak bercakap lebih banyak

Selain terapi dengan ahli terapi, terapi kelewatan pertuturan juga boleh dilakukan di rumah.
Ibu bapa juga boleh lebih fokus untuk meluangkan masa bersama anak-anak.

Contohnya, dengan mengajak kanak-kanak berbual dan menyebut objek dalam kehidupan seharian, menyanyi bersama, atau mengajak kanak-kanak meniru bunyi haiwan.

Membaca buku cerita

Selain daripada berbual dengan kanak-kanak, menggunakan buku cerita juga boleh digunakan sebagai terapi kelewatan pertuturan.

Ibu bapa boleh membaca buku cerita apabila anak-anak mereka hendak tidur.
Anda boleh memilih buku yang mengandungi imej yang berbeza.

Kebanyakan kanak-kanak akan berminat untuk melihat buku dan mula mendengar dengan teliti apabila anda menunjuk objek dalam buku.
Anda boleh meminta anak anda mengulang nama objek yang anda tunjuk.

Pembedahan

Ibu bapa yang mempunyai anak kelu lidah boleh meminta doktor untuk menjalani pembedahan supaya lidah dapat bergerak dengan lebih bebas.

Selain itu, jika kanak-kanak disahkan mengalami kelewatan pertuturan akibat organ pendengaran yang rosak, dia boleh mula menggunakan alat bantuan pendengaran atau merawat jangkitan yang mungkin berlaku pada telinga kanak-kanak itu.

Mengurangkan ‘time screen’ untuk kanak-kanak

Kurangkan atau hentikan masa yang anda luangkan untuk melihat telefon bimbit atau televisyen anda.
Mula mengajak anak anda bercakap sekerap mungkin tentang segala-galanya di sekelilingnya.

Seiring dengan berlalunya masa, terdapat beberapa kes di mana kanak-kanak mengalami kelewatan pertuturan semasa zaman kanak-kanak tetapi dapat berkomunikasi dengan lancar apabila dewasa.

Malangnya tidak semua orang mengalami keajaiban ini.
Semakin banyak kes kelewatan pertuturan yang tidak dirawat dan seterusnya menjadi gangguan bahasa pada masa hadapan.

Gangguan kelewatan pertuturan adalah gangguan yang boleh dirawat.

Namun, ibu bapa memerlukan kesabaran agar anak-anak dapat pulih.

Jangan jadikan kelewatan pertuturan sebagai penghalang kasih sayang ibu bapa terhadap anak kerana setiap anak adalah istimewa.

Baca Juga: 10 Cara Atasi Anak Tantrum Perlu IbuBapa Ketahui & Amalkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *