sikecilku.com
Ibu & Bapa,  Kesihatan,  Penjagaan

9 Tips Atasi Masalah Hidung Anak Tersumbat

Masalah hidung anak tersumbat boleh memudaratkan si manja jika di biarkan.

Ianya perlu di rawat dengan segera untuk memulihkan keadaan salur pernafasan si manja agar dapat bernafas normal semula.

Hidung tersumbat boleh berlaku sebahagian atau keseluruhan salur hidung.

Apakah penyebab masalah hidung anak tersumbat?

Antara penyebab hidung anak tersumbat, adalah;

  • Faktor persekitaran seperti udara kering terutama di bilik penyaman udara atau suhu yang terlalu sejuk di tempat anda berada.
  • Allergen dalam atau luar rumah juga faktornya kerana hidung berfungsi menapis udara yang kotor untuk tidak masuk peparu.
  • Faktor kesihatan seperti batuk, selesema, atau mengalami rinitis alahan yang boleh menyebabkan rembesan mucus yang berlebihan.
  • Ketidaknormalan struktur muka seperti septum hidung bengkok atau saluran sempit.

Oleh sebab bayi atau anak kecil tidak tahu cara membuang hingus dengan betul, maka ibubapa perlu membantu mereka.

Jika keadaan anak sihat, tidak demam serta corak pernafasan normal, ibubapa tidak perlu risau.

Bertenang dan tumpukan perhatian  membersihkan  hidung yang tersumbat.

Tips Atasi Masalah Hidung Anak Tersumbat

Antara tips atasi masalah hidung anak tersumbat yang boleh anda lakukan di rumah, adalah;

1 Sembur dan Sedut Hidung

Dalam kaedah sembur nasal/hidung boleh lakukan dengan syringe atau alat sembur yang sesuai.

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Dalam kaedah sedut pula, terbahagi 2 cara iaitu manual dan mesin.

Jika mengunakan cara manual, anda hanya perlu menyedut menguna mulut. Namun sila berhati-hati ketika menyedut.

atau

Boleh juga mengunakan penyedut manual.

masalah hidung anak tersumbat

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Kaedah mesin pula, hanya perlu menyediakan atau membeli mesin khas penyedut hingus.

masalah hidung anak tersumbat

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Saya sarankan ibubapa perlu ada peralatan ini di rumah sebagai persediaan awal untuk masa akan datang.

2 Bernafas Gunakan Mulut

  • Jika anak anda sudah boleh di beri arahan, maklumkan kepada dia untuk bernafas melalui mulut agar pernafasan dapat berlaku ketika hidung tersumbat.
  • Off penghawa dingin/kipas agar proses pembekuan hingus di hidung tidak berlaku dengan cepat.

3 Sedutan wap panas

  • Masak air panas dan masukan ke dalam bekas. Sedut wap panas sehingga selesa bernafas.
  • Sila lakukan berhati-hati agar anak tidak terkena air panas yang boleh menyebabkan kulit melecur.

4 Pasang humidifier/vasoprizer

Wap yang keluar daripada humidifier/vasoprizer dapat membantu mendapatkan tidur yang lena kerana ia membuka ruang pernafasan dengan lebih luas.

masalah hidung anak tersumbat

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

5 Tuam kawasan hidung

  • Basahkan tuala dengan air panas dan tekap di kawasan hidung.
  • Elakan terlalu panas untuk mencegah kulit anak daripada melecur.
  • Elakan juga letak pada laluan pernafasan.
  • Ulang sehingga anak dapat bernafas dengan baik.

6 Sapu minyak

Sebelum tidur atau selepas mandi, biasakan sapu minyak aromaterapi seperti AO Wallet, dsb yang sesuai untuk anak di bahagian leher dan dada untuk memudahkan pernafasan.

masalah hidung anak tersumbat

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

7 Hidu ‘vapour rub’

  • Sapu pada tisu dan hidu. Menthol dan eucalyptus di dalamnya memberi kelegaan pada hidung yang tersumbat.
  • Namun, kaedah ini tidak sesuai pada anak kurang 2tahun.

8 Pakai pelekat hidung

Umumnya pelekat hidung untuk kegunaan orang berdengkur.

Meskipun fungsi utama ‘nasal adhesive strip’ untuk kurangkan dengkur, namun ia juga sesuai dan boleh membantu melegakan pernafasan.

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

9 Letakan bawang putih di bawah bantal

  • Tips ini digunakan oleh orang-orang lama. Aroma bawang putih yang menyengat akan membantu melegakan hidung tersumbat.
  • Hal ini disebabkan oleh kandungan antibiotik kuat yang di sebut ‘allicin’. Ianya membantu membersihkan saluran hidung dengan melarutkan lendir.
  • Aroma ini juga, akan menguap dari bawang putih untuk melawan kuman dan infeksi.

Sekiranya anak masih tidak selesa dan keadaan makin tidak terkawal, segera berjumpa doctor untuk mendapatkan rawatan serta khidmat nasihat.

Baca Juga;

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *