Ibu & Bapa,  Kesihatan,  Penjagaan

13 Jenama Kondom Terbaik & Popular di Malaysia, 2024

Berikut adalah jenama kondom terbaik yang popular menjadi pilihan pengguna di Malaysia.

Kondom adalah salah satu cara perlindungan yang paling berkesan dalam mengawal kehamilan dan mencegah penularan penyakit seksual.
Reka bentuk yang ringkas namun cekap dalam memberikan perlindungan tambahan semasa aktiviti seksual.

Oleh itu, artikel ini akan membincangkan kebaikan kondom dan senarai jenama kondom terbaik yang terdapat di pasaran.

Kebaikan Kondom

Perlindungan terhadap penyakit seksual

Kondom adalah penghalang fizikal yang berkesan untuk mencegah penularan penyakit kelamin seperti HIV, sifilis dan gonorea.
Dengan menghalang sentuhan langsung antara cecair badan, kondom mengurangkan risiko penularan.

Pencegahan kehamilan

Kondom juga berfungsi sebagai kontraseptif yang boleh mencegah kehamilan.
Dengan menangkap sperma sebelum sampai ke telur, kondom membantu mengurangkan peluang persenyawaan.

Meningkatkan kesedaran tentang kebersihan seksual

Penggunaan kondom meningkatkan kesedaran tentang kebersihan seksual.
Ini mewujudkan tabiat positif dalam melindungi kesihatan seksual anda dan pasangan anda.

Tiada preskripsi diperlukan

Kondom boleh diperolehi tanpa preskripsi doktor, menjadikannya salah satu alat perlindungan yang mudah diakses dan digunakan.

Tips Memilih Kondom

Kondom merupakan salah satu alat penting untuk menjamin perhubungan seks yang selamat.
Berikut tips yang baik dalam memilih kondom yang selamat untuk kegunaan anda;

Saiz Kondom
Pilih saiz yang sesuai dengan alat kelamin anda.
Kondom yang terlalu ketat boleh menyebabkan ketidakselesaan dan merosakkan kondom tersebut, manakala kondom yang terlalu longgar boleh meningkatkan risiko geseran atau tertanggal.

Jenis Bahan Kondom
Berhati-hati ketika memilih jenis bahan.
Kebanyakan kondom diperbuat daripada lateks, polyurethane, silikon dan lain-lain.
Jika anda atau pasangan mempunyai alergi terhadap lateks, pilihlah kondom yang diperbuat daripada bahan yang tahan terhadap alergi.

Ketebalan Kondom
Kondom yang lebih nipis boleh memberikan sensasi yang lebih dekat dengan kulit, manakala kondom yang lebih tebal mungkin memberikan perlindungan tambahan.
Oleh itu, pilih ketebalan yang sesuai dengan keutamaan anda.

Kualiti dan Keselamatan
Periksa sama ada kondom tersebut mempunyai label atau sijil dari pihak berkuasa kesihatan atau badan pengawalselia yang berkaitan.

Penyimpanan dan Tarikh Luput
Jangan lupa untuk memeriksa tarikh luput kondom sebelum digunakan.
Selain itu, simpan kondom pada suhu bilik untuk menjaga kualitinya.

Senarai Jenama Kondom Terbaik

Antara jenama kondom terbaik yang menjadi pilihan pengguna di Malaysia, adalah;

1 Durex Condoms Series

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Diperbuat daripada bahan bukan lateks yang berteknologi tinggi untuk memberikan rasa kulit semula jadi pada kulit.
  • Diuji secara dermatologi, bebas alahan.
  • Mempunyai pelbagai pilihan.
  • Diyakini selamat dan selasa serta memberikan tekanan tambahan semasa intim.

2 Care 48 Spotted Sensation

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Direka unik dengan tekstur bertompok untuk mencapai tahap kepuasan yang tinggi.
  • Mematuhi ISO 4074 & Berdaftar MDA.
  • Diuji secara elektronik untuk memastikan kualiti.
  • Buatan Malaysia dengan kualiti eksport.

3 P’sang Buttercup Condom

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Rekaan yang mudah digunakan.
  • Diperbuat daripada getah semulajadi berkualiti tinggi.
  • Mempunyai pelbagai pilihan.
  • Memberikan rasa asli dengan lebih selamat ketika intim.

4 Playsafe Fit Tex 003

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Playsafe ialah jenama kondom Malaysia terkemuka yang memenuhi keperluan golongan muda dan bergaya.
  • Kondom Fit Tex meniru anatomi manusia.
  • Reka bentuk Fit tex telah memenangi pelbagai anugerah selama bertahun-tahun dengan reka bentuk inovatifnya.
  • Diuji secara elektronik. Dimeterai secara hermetik.

5 ONE Condoms

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Diperbuat daripada bahan latex berteknologi tinggi.
  • Reka bentuk yang luar biasa dan mampu meningkatkan deria semasa intim.
  • Mempunyai pelbagai jenis pilihan untuk memenuhi keinginan yang anda idamkan.
  • Diyakini selesa dan selamat digunakan.
  • Kami sarankan anda memilih jenis ini; True Fit & Super Sensitive

6 WOW Supertank Dotted

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Reka bentuk luar biasa yang memberikan nikmat tambahan semasa intim.
  • Di uji secara elektronik dan memenuhi SOP.
  • Sesuai untuk merancang keluarga dan ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hubungan intim.

7 Nulatex Premium Condom

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Diperbuat daripada lateks semulajadi premium berbau rendah.
  • Setiap kondom diuji secara elektronik untuk memastikan perlindungan maksimum.
  • Mematuhi ISO 4074 dan memenuhi semua piawaian antarabangsa cth. FDA AS
  • Dilincirkan dengan minyak silikon yang dipertingkatkan untuk rasa licin seperti sutera.

8 OLO Neo Series

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Reka bentuk zarah besar merangsang G-Spot.
  • Reka bentuk rahsia ejakulasi kunci fizikal.
  • Memberikan pengalaman yang lebih sensasi dalam hubungan.
  • Material berkualiti tinggi.

9 Okamoto Condom

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Jenama import yang terbaik di Japun.
  • Diperbuat daripada latex semula jadi berkualiti tinggi.
  • Mematuhi standard & diuji dengan teknologi elektrostatik.
  • Rekaan yang sangat premium.

10 Lemezee Male Condoms

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

  • Produk import daripada Thailand.
  • Kondom berlincir ultra nipis bebas lateks poliisoprena untuk rasa kulit-pada-kulit semula jadi.
  • Setiap kondom 100% diuji secara elektronik untuk kekuatan, fleksibiliti dan kebolehpercayaan.
  • Kondom Zarah Besar Berais 3D untuk lelaki dibuat dengan pelincir penyahpeka untuk membantunya bertahan lebih lama dan bertekstur untuk membantu mempercepatkannya.
  • Mudah dibentuk menjadikan kondom lebih mudah dipakai dan lebih selesa dipakai.

11 Top Feel Condom

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Dibuat lebih nipis untuk memberikan rasa semula jadi.
  • Diperbuat dengan Lateks Getah Berkualiti Tinggi Asli untuk keselesaan dan perlindungan terbaik.
  • Pelincir berasaskan silikon untuk rasa yang lebih licin.
  • 100% diuji secara elektronik.

12 Sagami Condom

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Produk import Jepun.
  • Rekaan yang sangat nipis untuk memastikan rasa semula jadi semasa intim.
  • Ia dibuat dengan bahan PU dan ia mempunyai biokompatibiliti yang sangat baik.
  • Di sarankan untuk mereka yang alahan pada Latex.

13 Elephant Condom

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

  • Produk berkualiti import.
  • Rekaan yang sangat nipis untuk memastikan rasa semula jadi semasa intim.
  • Ia dibuat dengan bahan latex semula jadi.
  • Selesa dan diyakini selamat.

Cara Pengunaan Kondom yang Betul

Cara pengunaan yang betul adalah perkara penting. Ianya akan menentukan tahap keberkesanan penggunaan kondom dalam perhubungan.
Oleh itu, berikut adalah langkah yang betul semasa mengunakannya;

  1. Periksa dengan teliti; Pastikan bungkusan kondom tidak rosak dan semak tarikh luput. Elakkan menggunakan kondom yang telah tamat tempoh.
  2. Buka dengan Berhati-hati; Buka bungkusan kondom dengan berhati-hati untuk mengelakkan koyak atau merosakkan kondom. Jangan gunakan objek tajam untuk membuka bungkusan.
  3. Semak Arah dan Guling; Pastikan kondom mudah bergulung. Pastikan hujung kondom seperti penutup boleh dilembutkan dengan hujung dua jari anda.
  4. Pakai Sebelum Sentuhan Seksual; Pakai kondom sebelum hubungan seksual berlaku. Pastikan zakar tegak sebelum memakai kondom.
  5. Letakkan dengan Betul; Letakkan kondom pada hujung zakar yang tegang. Pastikan tiada udara terperangkap di hujung kondom.
  6. Gulung dengan Cermat; Gulungkan kondom sehingga ke pangkal zakar. Pastikan kondom kekal di tempatnya semasa hubungan seksual.
  7. Selepas Ejakulasi; Selepas ejakulasi, segera dan berhati-hati tarik zakar keluar dari pasangan, sambil memegang pangkal kondom untuk memastikan tiada tumpahan cecair.
  8. Buang dengan Betul; Buang kondom dengan betul selepas digunakan. Jangan buang kondom dalam tandas. Gunakan tong sampah.
  9. Jangan Guna Semula; Kondom hanya boleh digunakan sekali. Jangan cuba menggunakan semula.

Sebelum memilih kondom, adalah penting untuk mempertimbangkan keutamaan peribadi, alahan, dan keperluan kesihatan.

Kondom yang betul bukan sahaja memberikan perlindungan yang berkesan tetapi juga meningkatkan keseronokan semasa hubungan seksual.

Ingat untuk sentiasa membaca arahan penggunaan dan menukar kondom setiap kali anda melakukan hubungan seks untuk memastikan keselamatan dan keberkesanan.

Baca Juga
15 Tuala Wanita (Pad) Terbaik & Popular Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *