Aktiviti & Hiburan,  Ibu & Bapa,  Kelengkapan

7 Tips Membeli Kasut Anak Yang Wajib Anda Tahu

Berikut tips membeli kasut anak yang perlu anda ketahui.

Anak mulai berjalan merupakan impian setiap ibubapa.

Pasti ianya perkembangan yang di tunggu-tunggu agar boleh di bawa ke mana-mana tanpa lelah mengendongnya.

Namun, masalah baharu yang timbul adalah memilih kasut untuk si manja.

Pastinya agak sukar jika tidak mempunyai pengetahuan serta pengalaman.

Usah risau! Anda berada di artikel yang betul. Kami akan memberikan beberapa tips membeli kasut anak yang perlu anda tahu.

Bila Sepatutnya Anak Boleh Pakai Kasut?

  • Waktu terbaik belikan anak kasut- sudah lancar berjalan di dalam dan luar rumah.
  • Jika baru sahaja boleh berjalan, sebaiknya biarkan dahulu berjalan tanpa alas kaki.

Tips Membeli Kasut Anak

1 Pastikan jenis kasut sesuai dengan anak

  • Pilih kasut yang menutup tulang mata kaki anak dan hujung kasut berbentuk bundar agar jari kaki anak mudah bergerak dan berkembang dengan baik.
  • Elakkan kasut yang berhujung runcing kerana ia menyekat pergerakan jari jemari kaki.

2 Sesuaikan umur dengan jenis kasut anak

  • Kalau yang ada anak perempuan, jangan terlalu cepat membenarkan anak kecil bertumit tinggi kerana ia boleh membuatkan kaki anak cenderung ke depan.

3 Pastikan material kasut mesra dengan kulit anak

  • Pilih kasut yang diperbuat daripada bahan yang lembut dan fleksibel namun tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
  • Bahan kulit yang lentur, merupakan pilihan yang tepat.
  • Elakkan kasut yang diperbuat daripada bahan keras kerana ia berisiko mengganggu perkembangan tulang kaki.

4 Beli ikut keperluan anak

  • Pilih kasut yang bersesuai dengan aktiviti si manja.
  • Jika si manja perlu mengunakan dalam tempoh yang lama, belilah yang mempunyai pengudaraan baik.
  • Sebaiknya jangan memilih kasut yang bahagian atasnya diperbuat daripada bahan plastik kerana menghalang pengewapan.
  • Bahagian dalam kasut cenderung lembap dan kaki anak anda mudah terkena jangkitan kulat.

5 Pastikan harga yang berpatutan

  • Anak akan membesar dengan pantas. Sudah pasti kita akan membeli kasut beberapa kali dalam setahun.
  • Sebaiknya belilah kasut yang harganya mampu milik namun mempunyai kualiti yang baik.

6 Jenis tapak kasut yang sesuai

  • Pilih bahagian dalam kasut yang dilapisi pengalas lembut dan selesa.
  • Ianya penting untuk menyerap hentakan saat si kecil berjalan atau berlari di permukaan yang keras.

7 Ukuran tepat

  • Ukuran kasut yang sesuai adalah tidak terlalu sempit dan tidak terlalu longgar.
  • Caranya mudah, buat ukuran panjang kaki anak anda dari tumit hingga hujung jari terpanjang ditambah satu ruas jari orang dewasa.
  • Ini penting kerana kaki kanak-kanak cepat berubah dan perlu diukur beberapa kali dalam setahun.

Teknik Ukur Saiz Kaki Anak Dengan Betul

 #1

  • Pastikan anak mesti berdiri tegak.
  • Pastikan kaki mereka rata dan ibu jari dalam posisi tegak, kerana adakalanya kanak-kanak suka membengkokkan ibu jari mereka.
  • Pastikan anak memakai stoking kerana ianya akan memberikan ruang sedikit dan beranggapan anak sentiasa memakai stokin setiap kali menguinakan kasut.

#2

  • Ketika mengukur saiz kedua belah kaki anak denga pita pengukur.
  • Ukur kedua kaki anak daripada tumit sehingga ke hujung ibu jari kaki mereka.
  • Oleh kerana setiap kaki mempunyai saiz yang sedikit berbeza anda boleh tambah sama ada 1/4inci-1/2inci (1.27 cm).
  • Kemudian gunakan ukuran spesifik untuk menentukan saiz kasut yang sebenar.

#3

  • Semasa proses menentukan saiz sebenar kaki anak, tekan hujung kasut yang sedang di gunakan.
  • Pastikan terdapat ruang sedikit agar tidak terlalu sempit.
  • Sentiasa lebihkan ukuran kira-kira1/4inci- 1/2inci di antara ibu jari dengan hujung kasut.

#4

  • Sebelum membeli kasut yang diukur, suruh anak anda berjalan dalam kawasan kedai.
  • Lihat bahagian tumit kasut kaki anak.
  • Jika bahagian tumitnya bergerak ke atas dan bawah, kasut tersebut longgar dan boleh menyebabkan kakiknya melepuh.

10 Koleksi Kasut Budak Terlaris & Murah Di Pasaran

Berikut beberapa contoh kasut yang popular dan laris di pasaran online Malaysia.

Semua mempunyai feedback yang baik daripada pembeli.

1 Kids Canvas Shoes Casual

Lihat di Shopee

2 Unisex Kids Non-slip Sneaker

Lihat di Shopee

3 Unisex Kids Sport Shoes

Lihat di Shopee

4 LED Kitty Diamond Sport Shoes

Lihat di Shopee

5 SPOLE Boy Fashion

Lihat di Shopee

6 Baby Leather Shoes

Lihat di Shopee

7 Kids Casual Velcro Sneakers

Lihat di Shopee

8 Kids Princess Shoes

Lihat di Shopee

9 Casual Sport Non Slip Shoe

Lihat di Shopee

10 Baby & Kids Sport Shoes

Lihat di Shopee

Baca Juga: 10 Baby Carrier Terbaik & Popular Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *