Ibu & Bapa,  Penjagaan

Kesan Selalu Marah dan Pukul Anak

Berikut adalah kesan selalu marah dan pukul anak yang ibubapa perlu ketahui.

Marah dan pukul bukanlah cara yang sesuai untuk mendidik anak.

Ibubapa terlalu kerap memarahi dan memukul anak memberi kesan yang tidak baik.

Kita tahu setiap ibubapa ingin anak menjadi yang terbaik dan selalu patuh.

Sebenarnya bagaimana cara kita melayan atau medidik anak begitulah sikap anak akan terbentuk.

Bak kata pepatah melayu mengatakan “Bagaimana acuan begitu lah kuihnya”.

Ini kerana kajian menunjukkan kesan selalu marah dan pukul anak (pukulan atau tamparan seperti menepuk punggung, kaki atau tangan ketika melakukan kesalahan) oleh ibu atau bapa mereka akan menjadikan anak tersebut agresif dan tidak mencapai tahap yang baik ketika menjalani ujian kognitif.

Keadaan tersebut sama sekali berbeza pada kanak-kanak seusia yang hanya dinasihati atau dimarahi secara lisan oleh ibu atau bapa apabila mereka melakukan kesalahan.

Baca juga:10 Permainan Merangsang Minda Anak Terbaik & Popular

Apakah kesan selalu marah dan pukul anak?

1 Mengaktifkan Bahagian Otak Bawah

Apabila anak dimarah, bahagian otak bawah anak akan diaktifkan (trigger) iaitu “Reptilian Brain” atau otak “Primitifnya”.

Otak ini asasnya untuk proses “survival needs” iaitu makan, minum, tidur, bersih, selesa yang memberi emosi selamat dan tenang kepadanya.

Reptilian Brain

Ringkasnya bila anak dimarah bahagian otak ini akan diaktifkan dan buat anak rasa tak tenang dan tak selamat.

Jadi anak akan bertindak balas untuk melawan semula iaitu dengan jerit, pukul dan melawan.

2 Membentuk Personaliti Negatif Anak (Agresif)

Apabila berterusan memarahi anak, bahagian otak bawah anak akan sentiasa diaktifkan, jadi tindak balas anak ini (marah,tengking, pukul) akan diterapkan dalam personalitinya.

 

Sehingga dewasa personaliti ini akan dibawa dan semestinya personaliti begini sukar untuk mereka membimbing dan membentuk keluarga atau organisasi kelak.

3 Kurang Keyakinan Diri

Banyak kajian mendapati anak-anak yang diperlakukan sebegini cenderung untuk mengalami kemurungan, rendah nilai moral, dan bermasalah dari segi sosial.

Ini kerana, sejak kecil lagi mereka kurang mendapat galakan positif dan sentiasa menganggap diri mereka ‘jahat’ akibat selalu dipukul.

Oleh itu, mereka akan membesar menjadi seorang yang tidak yakin pada diri dan sukar membuat pertimbangan dan keputusan yang baik untuk diri sendiri.

4 Anak Sukar Mempercayai Ibu Bapa

Perbuatan memukul anak akan menjadikan anak ketakutan dan tidak percayakan ibu bapa mereka.

Anak sering menganggap hukuman itu tidak adil kerana mereka masih belum dapat berfikir dan melihat masa depan sejauh ibu bapa mereka.

Akibatnya, mereka akan kurang mesra dengan anak dan tercipta jurang kemesraan antara ibubapa dan anak.

Apabila terdapatnya situasi ini, maka anak-anak akan mengisinya dengan mencari perhatian orang lain.

Selain itu, mereka mungkin lebih mudah percayakan seseorang yang kelihatan baik tetapi sebenarnya berniat jahat terhadap mereka.

Bahaya, bukan?

5 Daya Berfikir Yang Lemah

Apabila ibu bapa sentiasa memukul tangan anaknya dengan perlahan apabila mereka mencapai perkara yang tidak sepatutnya.

Sebenarnya, tangan itu adalah salah satu cara mereka meneroka dan belajar.

Sebuah perbandingan mendapati anak yang dipukul tadi mengehadkan kebolehan tangan mereka dan akhirnya menjadi kurang mahir mengendalikan persekitarannya.

Menurut Elizabeth T. Gershoff,  Professor Madya di Jabatan Pembangunan Manusia dan Sains Keluarga di Universiti Texas di Austin analisis yang dilakukannya mendapati semakin kerap seseorang anak dipukul, semakin buruk pencapaian akademiknya.

“Boleh dikatakan semua kajian berkaitan amalan memukul anak kecil memberikan impak negatif terhadap tumbesaran anak-anak tersebut. Malahan, hanya membuatkan anak-anak tersebut berhadapan dengan masalah kepada kesihatan mental mereka,” jelas beliau.

6 Tak Percaya Dirinya Disayangi

Marah dan pukul bukanlah cara yang sesuai untuk mendidik anak.

Jadi apabila ibu bapa terlalu kerap memarahi dan memukul anak, mereka akan mula merasai satu perasaan iaitu mereka rasa tidak disayangi.

Bagi kita ianya normal, namun sebenarnya ia akan menjadi abnormal jika kita tidak cuba untuk kawal dengan baik diperingkat awal tumbuhbesar anak.

Paling teruk mereka akan terbawa perasaan itu sehingga mereka meningkat dewasa.

7 Luka batin

Ini adalah perkara yang amat menakutkan apabila terjadi. Ianya akan berlaku berterusan dan pada akhirnya menjadi dendam.

Dendam anak kepada ibubapa amat merugikan kepada si anak.

Pelbagai perkara buruk yang mungkin berlaku akibat rasa dendam dan benci yang ada pada diri mereka.

Siapa yang membuatkan situasi demikian berlaku?

Adakah mereka inginkan perasaan tersebut?

“tepuk dada tanyalah selera”

8 Mudah Berkasar Pada Pasangan

Jika ianya berlarutan dalam jangka masa yang sangat panjang.

Tidak mustahil mereka akan menjadi seorang yang mudah kasar pada pasangan suatu hari nanti.

Ianya mungkin nampak perkara biasa pada usia mereka masih kecil.

Namun, jika kita tak mula kawal emosi kita pada peringkat sekarang, sudah pasti ianya berlaku nanti.

Hal ini berlaku disebabkan ‘roll model’ mereka(anak) telah memberikan teladan yang sangat tidak positif kepada mereka.

Maka dengan itu, si anak akan beranggapan bahawa memarahi dan memukul adalah cara terbaik dalam mendisiplinkan.

Memarahi dan memukul anak bukanlah cara yang sesuai untuk mendidik anak menurut sikecilku.

Ini kerana, ibu bapa yang selalu memarahi dan memukul anak, pastinya kesan buruk akan kita peroleh.

Mungkin, ada antara kita beranggapan bahawa cara ini sangat relevan bagi membentuk jati diri dan disiplin anak.

Tapi sebenarnya ia akan menjadi tidak baik untuk tumbuhbesar anak jika kita jadikan ini amalan berterusan.

Malahan ianya akan membentuk keperibadian anak sebaliknya.

“Sayang jangan sampai manja berlebihan, marah jangan sampai membinasakan”

Tips Mengatasi Emosi Ketika Marah

Setelah kita mengetahui dan kenal pasti kesan negatif terhadap anak apabila kerap memarahi dan memukul anak, ibubapa wajib mengambil tindakan untuk kawal emosi serta amarah yang berlebihan kepada anak.

1 “A Minute Pause”

Selepas kita marah, perasaan menyesal akan timbul kerana marah anak secara berlebihan.

Ianya kita namakan sifat reaktif.

Emosi kita bertindak terlebih dahulu berbanding dengan akal fikiran yang rasional.

Caranya, kita gunakan teknik “A Minute Pause”

Apabila kita melihat sesuatu yang akan membuatkan kita naik angin dengan perangai anak, jangan melulu untuk memarahi dan memukul mereka terlebih dahulu.

Contohnya, anak menconteng dinding rumah dengan pen, jangan terus memarahi dan memukul mereka.

Cuba pandang ke arah lain, gosok dada dan mulakan kiraan 1 hingga 60 (60 saat = 1 minit). Bagi peluang kepada kita untuk merasa tenang dahulu.

Setelah selesai 1 Minit, pandang ke arah anak dan rasakan perbezaan.

Ulang sebanyak yang mungkin teknik ini ketika berlaku perkara yang boleh membuatkan kita marah.

Jadi kita akan terbiasa.

Berhenti sejenak 1 minit sebelum marah.

Lama kelamaan, kita masih boleh kawal emosi dan sikap reaktif akan berkurang walaupun berhadapan dengan situasi marah yang melampau.

2 Hand Accupressure

Jari jemari kita sebenarnya mengambil peranan dan emosi yang tertentu.

Contohnya kita nak hilangkan rasa Kesedihan, kita guna Jari Manis.

  • Genggam jari manis, tanggan kanan dengan mengguna tangan kiri.
  • Genggam selama 2 – 5 minit. Kemudian lepaskan.
  • Ulang semula cara tadi dengan jari manis tangan kiri dengan menggunakan tangan kanan.

Sama juga bila kita rasa cemas, takut, marah dan self-esteem. Gunakan cara sama seperti di atas.

Mudah sebenarnya dan anda boleh cuba dan rasai ketenangan selepas itu.

3 Latihan Pernafasan

Apabila kita marah, pernafasan kita akan berada di dalam keadaan Beta (iaitu stress, marah).

Jadi apabila kita tengah marah, cepat-cepat kawal pernafasan kita.

Untuk pernafasan ia terbahagi kepada 3 jenis:

Straight Deep Breathing

Bernafas seperti biasa, cuma bila menghembus kena agak panjang daripada tarikan pernafasan

Hembus lebih kurang 2 kali ganda panjangnya daripada tarik nafas.

Cara mudahnya adalah tarik nafas selama 4saat melalui hidung dan hembuskan selama 8 saat melalui mulut.

Ulang sebanyak 10 kali atau sehingga kemarahan itu reda dan anda kembali tenang.

Triangle Deep Breathing

3 saat setiap peringkat

Lebih kurang sama dengan Straight Deep Breathing,Cuma bezanya adalah kena ada tahan nafas lama sedikit.

Tarik nafas melalui hidung selama 3 saat. Tahan nafas selama 3 saat.

Hembuskan nafas melalui mulut selama 3 saat.

Ulang sebanyak 10 kali atau sehingga kemarahan itu reda dan anda kembali tenang.

Emotional Deep Breathing

Lebih kurang sama dengan cara Straight Deep Breathing dan Triangle Deep Breathing.

Cuma cara ini kita bayangkan sekali semasa kita menghembus nafas, kita bawa keluar ‘energy‘ yang negatif itu tadi.

State Of Gratitude

Apabila kita merasakan sifat bersyukur dalam diri dan berterima kasih, ‘hormon tekanan’ kita akan mula menurun.

Sebab itulah kita kena didik diri untuk sentiasa bersyukur dan berterima kasih.

Buku Wahai Ibu Bertabahlah PROFAZZ Motivasi untuk Ibu Pelbagai Cabaran Mendidik Anak ini amat membantu.

Lihat di Shopee

Perkara paling penting adalah BERDOA

Ingat! anak adalah anugerah, rezeki dan amanat.

SAYANG DIRI,ANAK dan KELUARGA

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *