Ibu & Bapa,  Kesihatan,  Penjagaan

Bayi Baru Lahir Nafas Laju

Berikut adalah sebab bayi baru lahir nafas laju.

Ibu-ibu yang dikasihi sekalian, pernahkah anda mengamati kadar pernafasan si manja yang baru lahir?

Semestinya si manja bernapas tidak sekata.

Kadang ia kelihatan normal,  kemudian seketika berubah menjadi cepat semula.

Ritma pernafasan si manja yang agak berbeza dengan kita(dewasa) pasti menimbulkan sedikit keresahan serta cemas.

Terutama kepada ibu-ibu yang baru mendapatkan bayi yang pertama.

Kenapa Bayi Baru Lahir Nafas Laju?

Ibubapa perlu tahu bahawa bayi baru lahir adalah cenderung laju.

Dan tentu saja, pola pernapasan bayi cenderung tidak teratur.

Hal ini berlaku kerana paru-paru bayi yang baru lahir masih kecil dan mereka tidak memiliki cukup ruang untuk membuat kitaran pernafasan yang lebih perlahan.

Oleh sebab itu, si manja akan cenderung bernafas lebih laju daripada kadar normal dewasa.

Portable Finger Oximeter With Sleep Monitor HeartRate Spo2 PR Pulse

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

Apakah kadar pernafasan NORMAL yang betul mengikut kategori peringkat umur?

Tingkat pernapasan (tarikan pernapasan) normal bayi yang baru lahir biasanya adalah 40-60 tarikan per menit.

Saat memasuki usia di atas enam bulan, normalnya bayi bernapas sekitar 20-30 tarikan per menit.

Ketika anak mencapai usia 6 tahun, rata-rata sekitar 12-20 tarikan per menit. Pada remaja, angka ini umumnya 12-16 tarikan per menit.

Jadual purata tarikan nafas bayi
Saat bayi merasa lelah ataupun kepanasan, bayi akan bernapas lebih cepat, dan biasanya di atas 60 tarikan.

Cara Mengira Kadar Pernafasan

Apabila ingin memeriksa kadar pernapasan anak, ibu atau ayah boleh mengira dengan cara;

  • Perhatikan dada si manja turun naik (lengkap kitaran) – kiraan satu(1)
  • kira lengkap kitaran selama 30saat
  • Total lengkap kitaran perlu darab dua(2) = Total kadar pernafasan

Perhatikan dada bayi ketika bernapas, dan pasang waktu selama 30 detik.

Jika si manja memiliki tarikan napas sekitar 40 sampai 60 tarikan lengkap, maka ini normal.

Akan tetapi jika si manja memiliki kadar pernafasan >60 tarikan lengkap atau <40 tarikan lengkap(rujuk jadual kadar pernafasan).

Maka ianya merupakan tanda-tanda tidak normal.

Langkah terbaik adalah, segera berjumpa dengan doctor untuk pemeriksaan lanjut.

“Kesihatan si manja keutamaan kita”

Baca juga: kesan marah dan pukul anak

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *