
10 Ubat Gigi Budak Terbaik & Popular Di Malaysia, 2023
Berikut ubat gigi budak terbaik dan popular dalam kalangan ibubapa di Malaysia.
Ubat gigi budak agak berbeza daripada ubat gigi dewasa.
Ianya boleh di telan serta rasanya yang manis adalah ciri utama ubat gigi ini.
Anda yang berada di artikel ini pastinya sedang mencari ubat gigi terbaik untuk si Manja.
Tepat! Anda berada di artikel yang betul.
Kami akan senaraikan ubat gigi budak terbaik untuk anda.
Jom! Lihat senarainya.
Senarai Ubat Gigi Budak Terbaik
1 BZU BZU Kids
2 Colgate Kids
3 Pepsodent Kids
4 KODOMO Lion
5 Mama’s Choice
6 Darlie Kids
7 Pureen Kids Toothpaste
8 Mu’min Junior
9 Pigeon Toothpaste
10 Raiya Junior
Perbezaan Ubat Gigi Budak Dan Dewasa
Ianya mempunyai objektif yang sama iaitu untuk membersih dan menjaga gigi, namun kuantiti jumlah fluorida yang berbeza.
Ubat gigi kanak-kanak mempunyai jumlah fluorida yang sedikit berbanding ubat gigi dewasa.
Fluorida bermanfaat untuk membentuk lapisan gigi yang lebih kuat tidak mudah rosak.
Selain itu, ubat gigi dewasa mempunyai rasa ‘mint‘ yang lebih kuat.
Bilakah Pengunaan Ubat Gigi Boleh Dimulakan?
Bayi boleh mengunakan ubat gigi pada usia 18bulan dan ke atas.
Pastikan anda mengunakan ubat gigi khas agar tidak memudaratkan si manja.
Pilih berus gigi yang sesuai agar risiko gusi tercedera dapat di elakan.
Apakah Fungsi Fluorida Terhadap Gigi?
Ibubapa yang ingin mengosok gigi budak dengan ubat gigi perlu memastikan ianya mengadungi fluorida.
Antara kebaikan/fungsi fluorida, adalah;
- Menggalakkan proses remineralisasi jika ada lesi awal pada lapisan enamel gigi.
- Memperbaiki struktur kimia pada enamel menjadikannya lebih resistan / rentan kepada serangan asid.
- Mengurangkan keupayaan bakteria dalam menghasilkan asid.
Adakah Fluorida Selamat Di Gunakan?
Fluorida adalah sebatian mineral semulajadi.
Ianya terdapat pada sumber makanan semulajadi yang anda makan atau minum sehari-hari.
Namun ianya tidak memberikan sebarang masalah kerana kuantiti kandungan fluorida adalah sedikit.
Semua sebatian dalam paras optimal / rendah adalah selamat dan tidak berbahaya.
Kandungan fluorida dalam ubat gigi juga sudah tentu terkawal dan mengikut sebatian yang dibenarkan.
Oleh itu, anda tidak perlu risau dan ragu lagi kerana ianya pasti selamat.
Baca Juga: 10 Sabun Mandi Bayi Baru Lahir Terbaik & Popular Di Malaysia

