Ibu & Bapa,  Kesihatan

Jenis Vaksin Tambahan untuk Bayi

vaksin tambahan bayi

Vaksin tambahan untuk bayi amat penting dan baik.

Namun, ibubapa yang berkemampuan sahaja dapat kerana harga vaksin agak mahal.

Ianya dapat diperolehi di klinik swasta sahaja.

Perlindungan paling baik yang kita boleh berikan pada anak adalah memastikan mereka mendapat semua imunisasi yang lengkap.

Sejak dunia dilanda pandemik dan banyak masalah kesihatan lain, KKM kini mengambil Langkah lebih berjaga-jaga dengan memperkenalkan jadual imunisasi terbaharu untuk perlindungan anak-anak kecil.

Imunisasi bayi: Jadual vaksinasi yang disarankan KKM terkini

Jadual imunisasi kebangsaan bagi kanak-kanak(TERKINI KKM)

Namun begitu, bagi klinik-klinik swasta mereka cukup mengalakan untuk mengambil beberapa jenis vaksin tambahan bagi melengkapkan perlindungan anak-anak.

jadual dan jenis vaksin tambahan
Jadual dan Jenis Vaksin Tambahan Bayi

Jadual tersebut menunjukan vaksin tambahan bayi untuk ibubapa perlu pertimbangkan.

Bermula disember 2020, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah mengumumkan bahawa  vaksin pneumokokal konjugat(PCV) adalah wajib diambil dan boleh didapati di klinik kesihatan KKM seluruh Malaysia.

Tan Sri Dr Noor Hisham “vaksin PCV diberikan untuk mencegah pelbagai penyakit disebabkan oleh jangkitan bakteria streptococcus pneumoniae atau pneumokokus. 

Jenis Vaksin Tambahan Bayi

1 Rotavirus

Vaksin rotavirus merupakan vaksin yang digunakan untuk memberi perlindungan daripada jangkitan rotavirus.

Virus ini merupakan punca utama diarea atau cirit-birit yang teruk dalam kalangan kanak-kanak kecil.

2 Infuenza

Vaksin influenza, juga dikenali sebagai suntikan flu, merupakan vaksin yang memberi perlindungan daripada influenza.

Influenza, biasanya dikenali sebagai selsema (“flu”), merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia yang disebabkan oleh virus RNA dari famili Orthomyxoviridae (virus influenza).

Pada manusia, antara gejala umum termasuklah demam, sakit tekak, sakit otot, sakit kepala teruk, hidung berhingus serta tersumbat, batuk, kelesuan dan rasa tidak sedap badan.

Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua.

Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih teruk dan disebabkan oleh virus yang berbeza.

3 Meningococcal

Meningitis

vaksin meningococcal merujuk kepada mana-mana vaksin yang digunakan untuk mencegah jangkitan oleh Neisseria meningitidis.

Ia diberikan sama ada melalui suntikan ke dalam otot atau di bawah kulit.

Vaksin ini berjaya mengurangkan kes meningitis dan sepsis dalam populasi tempat ia digunakan secara meluas.

4 Varicella

Vaksin varisela(varicella) juga dikenali sebagai vaksin cacar air, merupakan vaksin yang memberi perlindungan daripada cacar air.

Virus varicella zoster (VZV) merupakan salah satu dari lapan virus herpes yang diketahui menjangkiti manusia.

Ia biasanya menyebabkan cacar air pada kanak-kanak. Lazimnya, di Malaysia ia di sebut chicken pox.

Varicella(chicken pox) dan measles/campak(vaksin wajib) adalah dua penyakit yang berbeza.

Jika inginkan perlindungan yang lebih boleh mengambil keduaanya.

Nota: mengikut khidmat saranan doctor yang merawat anak anda.

5 Hepatitis A

Vaksin Hepatitis A merupakan vaksin yang mencegah penyakit hepatitis A.

Dua dos adalah disarankan bermula selepas umur setahun.

Ia diberi melalui suntikan ke dalam otot.

Hepatitis A (dahulunya dikenali sebagai hepatitis berjangkit) merupakan penyakit berjangkit hati yang akut.

Ia disebabkan oleh virus hepatitis A (HAV).

Kebanyakan kes tidak menunjukkan simptom atau menunjukkan simptom yang sedikit, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak.

Vaksin bayi: Kenapa Ibubapa harus beri Imunisasi untuk bayi?

kenapa vaksin penting??

Vaksin untuk bayi penting kerana bayi mempunyai sistem imunisasi yang lemah.

Dengan memberikan vaksin untuk bayi mengikut jadual yang ditetapkan, kita telah melindungi bayi dari penyakit-penyakit yang membawa maut ini;

  • Tibi (batuk kering)– Menyebabkan jangkitan yang serius pada paru-paru(pneumonia),radang selaput otak(meningitis) dan terus merebak kepada organ-organ lain.
  • Difteria– Toksik dikeluarkan oleh bakteria disebabkan oleh saluran pernafasan yang tersumbat atau pneumonia(radang paru-paru).
  • Pertusis(batuk kokol)– menyebabkan batuk kokol dan kekurangan oksigen ke otak.
  • Tetanus– Keracunan bakteria menyebabkan kekejangan pada otot-otot dan badan dan keupayaan membuka rahang(kancing gigi).
  • Haemophilus influenzae jenis (Hib)– Bakteria ini menyebabkan jangkitan kepada paru-paru(pneumonia), saluran pernafasan dan radang saraf otak(meningitis).
  • Hepatitis B– Virus ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk kepada hati dan mempengaruhi individu mendapat kanser hati pada masa akan datang.
  • Polio– Virus ini boleh menyebabkan jangkitan pada otak dan kecacatan kekal pada otot kaki.
  • Campak– Virus ini boleh menuyebabkan jangkitan pada otak(encephalitis) dan paru-paru(pneumonia).
  • Beguk– Virus ini menyebabkan jangkitan pada otak(encephalitis) dan testis(orchitis) serta boleh membawa kepada masalah kemandulan.
  • Rubella– Virus rubella merebak di kalangan ibu hamil, terutamanya kehamilan tiga bulan pertama dan boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan pada otak, sistem pendengaran, sistem penglihatan dan kerosakan hati.
  • Pnemokokus– Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, saraf otak dan darah yang teruk.
  • Rotavirus– Virus ini boleh menyebabkan penyakit cirit-birit yang teruk, dehidrasi dan encephalitis.
  • Virus Human Papilloma– Virus ini boleh menyebabkan kanser servik dan ketuat genital.

Apakah kesan sampingan?

Ibubapa pasti risau memberikan vaksin untuk anak kerana ragu-ragu dengan keselamatan vaksin. Terutamanya jenis vaksin tambahan untuk bayi.

Perkara penting ibubapa perlu tahu bahawa semua vaksin yang diberikan adalah selamat dan berkesan selaras dengan pemantauan World Health Organization(WHO)

Kesan sampingannya adalah bersifat ringan dan mempunyai batasannya sendiri.

Ini termasuk demam, bengkak ringan dan sakit pada kawasan suntikan.

Jika ini berlaku, sila beri ubat yang dibekalkan pengamal kesihatan selepas suntikan diberi.

Kesan sampingan yang serius jarang berlaku. Segeralah berjumpa dengan doktor jika berlaku keadaan berikut;

  • Menangis berterusan, mengantuk yang serius, pucat, berlaku kecutan otot dalam tempoh 48jam selepas suntikan.
  • Berlaku ruam panas, kesukaran bernafas.

Vaksin adalah penting. Jika lebih 95% masyarakat mengambil vaksin wajib(cukup dos) dan vaksin tambahan untuk bayi, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.

Dengan itu, ibubapa tidak perlu bimbang lagi untuk membawa anak-anak keluar rumah jika semua kanak-kanak telah dilindungi.

Jadi, jangan tunggu lagi. Lengkapkan vaksin si manja sekarang!

Kesihatan keluarga, Tanggungjawab kita!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *