Aktiviti & Hiburan,  Ibu & Bapa

8 Basikal Elektrik Terbaik & Popular Di Malaysia, 2024

Basikal elektrik Atau E-bike adalah sejenis kenderaan yang menggunakan motor dengan tenaga elektrik untuk bergerak.
Tenaga dibekalkan oleh bateri yang dicas semula pada rangkaian elektrik atau panel solar.

Di Malaysia, ianya popular kerana fungsi dan rekaan yang sangat menarik.
Selain untuk kegunaan dewasa, ia juga sangat sesuai untuk kegunaan kanak-kanak.

Kelebihan & Kelemahan Basikal Elektrik

Sekiranya anda mempertimbangkan untuk memiliki basikal elektrik, adalah penting untuk menilai kelebihan dan kelemahan ini bagi memastikan ia sesuai dengan keperluan dan keadaan anda.

Kelebihan

Berikut adalah beberapa kelebihan basikal elektrik;

Kemudahan

Ianya lebih mudah di gunakan dan mesra pengguna.
Anda boleh menggunakan motor binaan untuk membantu anda bergerak atau menggunakan pedal untuk bersenam.

Mesra alam

Walaupun ianya bergerak mengunakan motor, ianya tidak membebaskan asap yang boleh mencemarkan alam.
Oleh itu, ia pastinya menjadi pilihan yang lebih mesra alam berbanding kereta atau motosikal berenjin pembakaran.

Kos penggunaan

Kos pengunaan harian lebih murah berbanding kereta atau motosikal berenjin pembakaran.
Anda hanya perlu mengisi bateri dan menjalankan penyelenggaraan asas.

Kesihatan

Walaupun boleh bergerak tanpa dikayuh, ianya juga tersedia pedal pengayuh tujuan senaman dan meningkatkan tahap kecergasan fizikal anda.

Kelemahan

Kelemahan basikal elektrik yang perlu diambil kira, termasuklah;

Harga

Basikal elektrik lebih mahal daripada basikal biasa atau motosikal berenjin pembakaran.

Penyelenggaraan

Basikal elektrik memerlukan penyelenggaraan yang lebih kerap berbanding basikal biasa kerana ia mempunyai lebih banyak komponen seperti motor dan bateri.

Had undang-undang

Undang-undang berkaitan penggunaan basikal elektrik mungkin berbeza di setiap negara atau kawasan.

Di Malaysia, bermula 1 Jan 2021 kerajaan telah mengeluarkan kenyataan penggunaan basikal dan skuter elektrik di jalan raya adalah di larang.
Tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 boleh dikenakan terhadap individu yang ingkar.

Namun, penggunaan di taman atau kawasan perumahan berdekatan adalah masih dibenarkan.

Basikal Elektrik Terbaik

Sekiranya anda mencari basikal elektrik terbaik di Malaysia, terdapat beberapa pilihan yang boleh dipertimbangkan.
Antara yang popular menjadi pilihan penguna di malaysia. adalah;

1 Stonbike 350watt Foldable Bike 20″

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

Stonbike 350watt Foldable Bike 20″ adalah basikal elektrik yang boleh dilipat dan mempunyai kuasa motor sebanyak 350 watt.
Basikal ini mempunyai saiz roda 20 inci dan dilengkapi dengan peralatan Shimano 7 kelajuan.
Bateri basikal ini boleh bertahan sehingga 20km selepas dicaj sepenuhnya.

Stonbike ini juga mempunyai beberapa jenis yang lain seperti Stonbike MTB2620 26inch Electric Mountain Bike dan Stonbike 20 Bike Audi Electric Foldable Bike.

2 AZ E Bike

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

AZ E-Bike adalah basikal elektrik yang terkenal di Malaysia.
AZ E-Bike telah diluluskan oleh SIRIM, menunjukkan kualiti dan keselamatan yang tinggi.
Bateri sekali caj penuh boleh jalan 30-40km jauh dan mempunyai fungsi “auto cut” apabila bateri di cas penuh.

Terdapat beberapa pilihan jenis ini, iaitu; luxury E-bike series, Classic E-Bike dan banyak lagi siri lain.

3 Sealup Q8 Electric Scooter

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

Sealup Q8 adalah jenis scooter yang moden dan canggih.
Ianya dilengkapi sistem spring dan hidraulik menyerap hentakan 7 tahap.
Mengunakan lithium bateri 13.0Ah Lithium Battery (Jarak perjalanan 50km – 60km bateri penuh).

4 Stonbike – BIKE-MTB36

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Stonbike – BIKE-MTB36 mempunyai saiz roda 26 inci dan dilengkapi dengan peralatan Shimano 7 kelajuan.
Basikal ini mengunakan motor 250watt dan bateri 48V8AH.
Ia mempunyai berat G.W. 21kg dan boleh memuatkan beban sehingga 120kg.

5 Xiaomi Scooter 4

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

Xiaomi Electric Scooter 4 adalah skuter elektrik yang menawarkan pengalaman memandu yang selesa dan pantas.
Ianya dilengkapi dengan motor 700W yang membolehkan anda mencapai kelajuan maksimum 25km/jam.

Ia juga mempunyai jarak pemanduan maksimum sehingga 55km.
Menggunakan struktur tanpa tiub dan gel penutup sendiri untuk mengurangkan risiko pancitan tayar.
Skuter ini juga mempunyai tiga mod kelajuan yang boleh disesuaikan mengikut persekitaran pemanduan.

6 Zhengbu K6

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

Zhengbu K6 mampu menawarkan pengalaman menunggang basikal yang selesa dan pantas.
Ianya dilengkapi dengan motor 250W/400W yang membolehkan anda mencapai kelajuan maksimum 25-32km/jam.
Ia juga mempunyai jarak pemanduan maksimum sehingga 50km.
Struktur mudah lipat dan sangat ringan untuk di bawa ke mana sahaja.

7 Dohiker KSB14

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Dohiker E-folding Bike adalah basikal boleh lipat berkuasa elektrik.
Ianya mencapai kelajuan maksimum 25km/jam.
Jarak pemanduan maksimum sehingga 40-45km untuk motor sepenuhnya, manakala dengan bantuan padel 60-80KM.

8 Xiaomi HIMO Z20

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada

XIAOMI HIMO Z20 adalah basikal boleh lipat berkuasa elektrik.
Ianya mencapai kelajuan maksimum 32km/jam.
Jarak pemanduan maksimum sehingga 15-20km untuk satu pemanduan bateri penuh.

Baca juga: 10 Motosikal Elektrik Anak Terbaik & Popular Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *