Ibu & Bapa,  Kelengkapan

14 Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu Wajib Di Sediakan

Berikut senarai barang keperluan bersalin untuk ibu.

Khasnya untuk ibu yang baru pertama kali melahirkan, sudah pasti bingung untuk membuat persiapan bagi menghadapi pengalaman yang mendebarkan tersebut.

Oleh itu, berikut kami kongsikan senarai barang keperluan bersalin yang boleh dijadikan rujukan untuk memudahkan para ibu membuat persiapan.

Jom! Lihat senarainya.

Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Ibu

Kebanyakan ibu yang hendak melahirkan pastinya telah menyiapkan keperluan untuk si manja.

Namun, keperluan untuk dirinya pasti akan terlupa atau terabai.

Oleh itu, artikel ini akan bantu mengingatkan keperluan yang perlu untuk ibu sediakan.

Antara barang keperluan yang wajid anda sediakan, adalah;

1 Tuala

Bawa tuala khusus untuk ibu gunakan sepanjang berada di hospital.

Tuala ini boleh digunakan untuk mandi dan sebagainya.

Sediakan satu tuala jenis lembut dan ringan.

Kun High Quality Plain Color Microfiber Bath Towel

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

2 Pad Bersalin / Pad ‘Overnight’

Jangan lupa sediakan pad bersalin (maternity pad) atau pad ‘overnight’ untuk digunakan selepas bersalin.

Ini adalah untuk mengelakkan darah yang keluar selepas bersalin bocor.

Pilih saiz yang lebih besar dan sediakan dalam jumlah lebih dari cukup.

Pureen Madame Maternity Pads

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Baca Juga: 12 Pad Bersalin Terbaik & Popular Di Malaysia

3 Baju & Kain Batik/Skirt

Keperluan ini diperlukan selepas bersalin khususnya ketika sudah boleh balik ke rumah.

Ketika berada di wad ianya tidak perlu sebab anda akan memakai baju wad yang telah pihak hospital sediakan.

Kain Batik Tiga Serangkai

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

4 Jaket/Sweater

Suhu di wad hospital khususnya wad bersalin sememangnya sangat sejuk sehingga boleh membuatkan anda menggigil kesejukan.

Oleh itu, jaket tebal ataupun sweater sangat diperlukan sepanjang berada di wad terutamanya pada waktu malam.

ZANZEA Women’s Fashion Casual Long Sleeve Zipper Hooded

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

5 Stokin Tebal

Stokin tebal juga sangat penting untuk mengelakkan kaki anda kesejukan dan dapat memastikan keselesaan sepanjang berada di wad.

Semua wad bersalin tersedia dengan penghawa dingin.

Oleh itu, suasana di wad pastinya sejuk.

Stokin Tebal Ibu Mengandung

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

6 Getah Rambut

Sebaiknya bawa getah rambut tambahan di dalam beg anda untuk keselesaan anda kelak.

Biasanya getah rambut akan sukar untuk ditemui apatah lagi selepas bertarung kesakitan untuk melahirkan.

Rabbit Dot Hair Band

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

7 Tudung Sarung

Sediakan satu atau dua tudung sarung untuk mudah digunakan sepanjang berada di wad bersalin.

Pastikan semua peralatan yang anda bawa memudahkan serta ringkas.

Tudung Sarung Instant Syria Mosscrepe Free Inner

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

8 Telekung

Bagi yang beragama islam, pastikan juga anda membawa telekung.

Jadi anda tidak perlu tercari-cari telekung lagi apabila ingin solat.

Ingat, solat adalah kewajipan bagi semua muslim.

Telekung Arafah Dewasa Exclusive

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

9 Seluar Dalam Pakai Buang Ibu Bersalin

Seluar dalam pakai buang sangat sesuai untuk persediaan ibu lepas bersalin sepanjang berada di wad hospital.

Hal ini kerana, ia boleh terus dibuang tanpa perlu membasuhnya.

Di hospital tidak ada atau sangat terhad tempat untuk menjemur pakaian basah.

Disposable Panties Ladies Pure Cotton Sterile

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

10 Nursing Bra

Nursing bra mempunyai ciri khas yang membolehkan bahagian hadapan bra dibuka bagi memudahkan penyusuan bayi.

Jadi, anda boleh menyusukan bayi tanpa perlu bersusah payah lagi.

Maternity Bra Push up

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Baca Juga: 10 Jenama Bra Penyusuan Terbaik & Popular Di Malaysia

11 Kit Penjagaan Diri

Sediakan kit penjagaan diri anda seperti sabun mandi, berus gigi, ubat gigi, syampu, losyen, deodoran, pencuci muka dan sebagainya.

Anda tidak perlu membawa dalam kuantiti yang banyak, hanya masukkan ke dalam botol/bekas kosong khusus agar tidak membazir.

Travel Hanging Bag Multiple Layered Bag with Waterproof

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

12 Selipar

Bawa sepasang selipar untuk dipakai di wad hospital.

Jangan gunakan selipar yang bertumit.

Sebaiknya, beli selipar gepit untuk menjamin keselamatan dan keselesaan anda.

Candia Women Anti Slip Indoor Slipper

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

13 Minyak Angin

Minyak angin jangan lupa bawa.

Ia sangat penting untuk membantu melegakan pening kepala, loya, muntah, sakit perut dan sebagainya.

Sarwa Jannah MMG Minyak Berpantang Moden

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

14 Tisu

Sediakan juga tisu kering dan tisu basah untuk pelbagai kegunaan kelak.

Ia boleh digunakan untuk keperluan ibu dan juga bayi.

Pureen Baby Wipes

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee

Jangan Bawa Barang-Barang Ini

  • Minyak wangi- bahan yang digunakan untuk membuat minyak wangi tidak sesuai/selamat kepada si manja.
  • Seluar jeans/ketat- ianya akan menyukarkan pergerakan anda.
  • Baju ketat/mempunyai perhiasaan tajam pada baju
  • Barang-barang perhiasan seperti gelang emas, rantai emas dan sebagainya.
  • Kasut/selipar yang bertumit.
  • Barang-barang larangan di hospital seperti rokok dan alkohol.

Nota tambahan:

  • Pastikan anda sentiasa menyediakan beg bersalin di dalam kereta apabila sudah menghampiri waktu untuk bersalin.

Penyediaan barang keperluan ini bergantung kepada keperluan diri anda sendiri.

Senarai ini hanya cadangan dan idea yang mungkin anda boleh jadikan sebagai rujukan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk dijadikan sebagai rujukan.

Baca Juga: 10 Set Berpantang Terbaik Pilihan Ibu di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *