Ibu & Bapa,  Kesihatan

8 Kebaikan Vitamin B Complex untuk Ibu Hamil

Berikut kebaikan Vitamin B complex kepada ibu hamil dan bayi dalam kandung.

Vitamin B complex terdiri dari berbagai jenis vitamin B, seperti vitamin B1, B2, B3, B5, B6, B7, B9, dan B12.
Ianya boleh di dapatkan daripada pelbagai sumber makan seperti sayuran, ikan, buah-buahan, dll.

Selain itu, anda juga boleh dapatkan vitamin B complex daripada farmasi berhampiran, pasaran online dan juga daripada pusat rawatan kesihatan yang berhampiran.

Kredit Gambar: VitaHealth Vitamin B Complex

Kandungan Vitamin B-Complex dan Manfaatnya

Berikut adalah beberapa kandungan yang terdapat pada vitamin B kompleks.
Selain itu, kami juga senaraikan manfaat bagi ibu hamil dan contoh makanannya;

1 Vitamin B1

Vitamin ini membantu mengoptimumkan perkembangan otak, sistem saraf, dan jantung bayi.
Ibu hamil memerlukan sekurang-kurangnya 1.4mg vitamin B1 setiap hari.
Sumber makanan yang kaya akan vitamin B1 antara lain kacang-kacangan, oat, ikan salmon, roti atau sereal yang sudah diperkaya (fortifikasi) vitamin B1.

2 Vitamin B2

Vitamin ini membantu mempertahankan tenaga, menjaga kesihatan mata, dan kesihatan kulit. Keperluan vitamin B2 yang wajib untuk ibu hamil yakni sebanyak 1.4mg per hari.
Sumber makanan yang kaya akan vitamin B2 antara lain sayuran seperti asparagus, brokoli, bayam, kacang almond, ubi jalar, oat, tempe, keju, susu dan telur.

3 Vitamin B3

Vitamin ini membantu mengatasi masalah pencernaan dan meredakan migrain yang sering terjadi ketika hamil.
Pengambilan vitamin B3 yang cukup juga dapat mengoptimumkan perkembangan bayi.
Keperluan vitamin B3 sebanyak 18 mg setiap hari.
Sumber makanan yang kaya akan vitamin ini adalah pisang, betik, sereal gandum, nasi merah dan kacang-kacangan.

4 Vitamin B6

Vitamin ini diperlukan untuk membantu pembentukan sel darah merah dan membantu mengatasi morning sickness yang teruk. Keperluan vitamin B6 sebanyak 1.9mg setiap hari.
Sumber makanan yang kaya akan vitamin ini adalah ayam tanpa kulit atau dada ayam tanpa tulang (tanpa kulit), ikan salmon atau tuna segar dan pisang.

5 Vitamin B9

Vitamin ini sangat penting untuk perkembangan kandungan karena membantu mencegah cacat lahir pada bayi.
Keperluan vitamin B9 sebanyak 600mcg setiap hari.
Sumber makanan yang kaya akan vitamin ini adalah sayuran hijau seperti bayam dan brokoli.

6 Vitamin B12

Vitamin ini membantu pembentukan sel darah merah dan sistem saraf pada kandungan. Keperluan vitamin B12 sebanyak 2.6mcg setiap hari.
Sumber makanan yang kaya akan vitamin ini adalah daging sapi tanpa lemak atau ayam tanpa kulit atau ikan salmon dan tuna segar.

7 Vitamin H (Biotin)

Vitamin ini membantu menjaga kesihatan rambut dan kulit ibu hamil. Keperluan biotin sebanyak 30mcg setiap harinya.
Sumber makanan yang kaya akan biotin antara lainnya adalah telur rebus.

8 Vitamin C

Vitamin ini membantu meningkatkan daya tahan tubuh ibu hamil dan bayi serta membantu penyerapan zat besi dalam tubuh.
Keperluan vitamin C adalah 85mg setiap hari.
Sumber makanan yang kaya akan vitamin C antara lain limau nipis atau lemon.

Jenama Vitamin B Complex Terbaik Di Malaysia

Antara jenama vitamin B-Complex terbaik di Malaysia, adalah;

1 VitaHealth Vitamin B Complex

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Produk ini adalah yang paling popular.
Ianya Halal dan pastinya mempunyai kelulusan KKM.
Kelebihan utama adalah meningkatkan tenanga dan menyokong sitem saraf dengan baik.

2 Blackmores Mega B Complex

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Jenama ini sangat terkenal di Malaysia. Ianya juga mudah di dapatkan.
Kelebihan vitamin B-Complex jenis ini adalah membantu menukarkan makanan menjadi tenaga.
Selain itu, ianya juga menyokong fungsi saraf untuk memperoleh kesihatan yang baik.

3 BiO-LiFE Executive B Complex

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Produk ini juga pilihan terbaik di Malaysia.
Ianya sesuai bagi yang mengalami masalah nutrisi.
Selain itu, ia juga sangat sesuai untuk individu yang masalah mudah letih atau penat.

4 VITASEN B Complex

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Produk ini dijamin HALAL dan lulus KKM.
Ianya berfungsi meningkatkan tenaga dan melancarkan sistem saraf.

Nota;
Perlu di ingat, sebarang pengambilan ubatan lain selain yang di sarankan oleh pegawai perubatan anda adalah atas risiko sendiri.
Oleh itu, sebaiknya anda mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai perubatan bertauliah agar kandungan tidak terjejas dan lebih selamat.

Baca Juga: 9 Vitamin [supplement] untuk Ibu Mengandung Terbaik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *