Aktiviti & Hiburan,  Ibu & Bapa,  Kelengkapan

8 Kebaikan Berenang untuk Kanak-kanak Perlu Ibubapa Ketahui

Berikut Kebaikan berenang untuk kanak-kanak yang ramai ibubapa tidak ketahui.

Berenang adalah aktiviti yang sangat baik untuk kanak-kanak.
Ia membantu meningkatkan kekuatan otot, keseimbangan dan koordinasi motor.

Air juga memberikan rangsangan deria yang berbeza untuk si manja.
Oleh itu, artikel ini akan menyenaraikan beberapa kabaikan berenang yang mungkin ramai ibubapa belum ketahui.

Kebaikan Berenang untuk Kanak-kanak

Antara kebaikan berenang yang ramai ibubapa tidak tahu, adalah;

1 Selamatkan Anak Menjadi Mangsa Lemas

Aktiviti renang sangat sesuai untuk semua golongan termasuk kanak-kanak.
Khususnya keselamatan kanak-kanak, apabila mereka pandai berenang ianya sudah pasti dapat membantu diri mereka daripada menjadi mangsa lemas.

2 Mengelakkan Obesiti Di Kalangan Kanak-kanak

Beberapa kajian, aktiviti renang dapat membakar kalori dengan lebih cepat berbanding aktiviti senaman yang lain.
Oleh itu, jika kanak-kanak terdedah dengan aktiviti renang, ianya sudah pasti sangat membantu dalam mengelakan masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak.

3 Bantu untuk Merangsang Perkembangan Otak Anak

Aktiviti berenang memerlukan fizikal dan mental berkerja.
Oleh itu, ianya sudah pasti mengalakan perkembangan otak si manja dengan lebih baik.
Menurut beberapa kajian, kanak-kanak yang melakukan aktiviti renang lebih cepat belajar sesuatu jika di bandingkan dengan kanak-kanak lain yang tidak melakukan aktiviti renang.

4 Menguatkan Otot Kanak-kanak

Kalau ibubapa perasan, setiap kali selepas sesi berenang selalunya anak-anak akan lapar dan tidur lebih nyenyak.
Ini kerana ketika berenang, tubuh perlu mengeluarkan lebih tenaga untuk melawan air.
Oleh itu, rutin berenang sudah pasti menguatkan otot tubuh kanak-kanak.

5 Baik untuk Kesihatan Jantung dan Paru-paru

Menurut penelitian oleh British Journal and Sports Medicine, olahraga berenang dapat mengurangkan risiko terkena penyakit jantung hingga 40%.
Ini kerana ketika berenang, otot jantung akan bekerja lebih baik dalam mengepam aliran darah ke seluruh tubuh.
Selain itu, ia juga mampu memperluaskan kapasiti paru-paru agar dapat berfungsi secara optimum.

6 Meningkatkan Keyakinan Diri

Bukan sekadar kelebihan fizikal, malah berenang juga memiliki banyak kebaikan secara emosi dan mental.
Mungkin awalnya, kanak-kanak takut untuk masuk ke kolam renang.
Tetapi selepas mereka mencuba, tentu mereka akan suka dan seronok.
Dengan itu, mereka secara tidak langsung telah menguasai rasa takut dan meningkatkan tahap kepercayaan diri.

7 Mengurangkan Tekanan

Siapa kata kanak-kanak zaman sekarang tiada tekanan? Kini, kanak-kanak tidak lagi seperti dahulu.
Ianya mempunyai pelbagai tekanan seperti kesibukan ibubapa berkerja yang menyebabkan anak-anak terabai.
Oleh itu, aktiviti berenang sangat membantu.
Menurut maklumat daripada Centers for Disease Control and Prevention, berenang dapat meningkatkan hormon endorfin(gembira), sekaligus menurunkan tahap stres mereka.

8 Mengalakan Hobi yang Sihat

Berenang merupakan aktiviti yang sangat menyeronokan dan sihat.
Jika ibubapa memperkenalkan anak dengan aktiviti ini, sudah pasti mereka menyukainya dan menjadikan ianya hobi baharu.

Peralatan Berenang yang Diperlukan

Berikut beberapa peralatan yang diperlukan semasa melakukan aktiviti berenang.
Khususnya kanak-kanak yang belum tahu berenang dengan betul, peralatan ini sangat penting.
Antaranya, ialah;

1 Kid Swimwear

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Pakaian renang sangat penting untuk memudahkan pergerakan di dalam air.
Selain itu, pakaian renang juga tidak menyerap air dan mengurangkan bebanan semasa berenang.

2 Kid Swim Jacket

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Peralatan ini sangat sesuai untuk kanak-kanak yang tidak tahu berenang.
Ianya membantu untuk anak lebih yakin masuk ke dalam air.

3 Swimming Goggles Kids

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Peralatan ini membantu untuk mengelakan air masuk ke dalam mata yang boleh menyebabkan pedih dan tidak selesa.
Bagi yang sudah tahu bereang dan mencuba untuk belajar menyelam, peralatan ini sangat penting.

4 Swim Float Ring

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Peralatan ini sangat sesuai untuk kegunaan anak yang belum dapat belajar berenang.
Ianya sesuai bagi membantu mnarik minat anak suka akan aktiviti berenang.

5 Swim Cap

Semak harga dibawah:

Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
Peralatan ini sangat sesuai bagi yang mempunyai rambut tebal dan panjang.
Ianya lebih sesuai untuk kegunaan kanak-kanak perempuan untuk mengurangkan gangguan semasa berenang.

Baca Juga:15 Baju Renang Muslimah Terbaik & Popular Di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *