
12 Jenama Susu Formula Terbaik Di Malaysia 2025 [Langkah 123]
Berikut jenama susu formula terbaik pilihan popular dalam kalangan ibubapa di Malaysia.
Perlu di ingat! Susu ibu adalah yang terbaik dan ianya pilihan no 1 untuk si manja.
Namun terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan susu formula perlu di ambil, contohnya:
- Ibu mengalami masalah kesihatan.
- Susu ibu kurang.
- Anak kurang berat(KZM).
- Kekangan pekerjaan yang membuatkan ibu tidak dapat menyusukan anak sepenuhnya.
- Dsb.
Dengan itu, susu formula adalah alternatif terbaik bagi mengekalkan keperluan nutrisi si manja terpenuhi.
Di pasaran terdapat pelbagai pilihan produk ini. Ianya amat menyukarkan ibubapa memilih yang terbaik.
Namun, usah risau! anda berada di artikel yang tepat.
Kami akan bantu anda senaraikan jenama susu formula yang terbaik dan popular menjadi pilihan ibubapa di Malaysia.
Jom! Lihat senarainya.
Senarai Jenama Susu Formula Terbaik
Antara jenama susu formula yang popular menjadi pilihan ibubapa di Malaysia, adalah;
1 Enfagrow A+
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Produk ini dirumus secara saintifik untuk kanak-kanak berumur 1-3 tahun.
- Mengandungi 60% DHA lebih tinggi yang memenuhi cadangan pengambilan DHA harian pakar global.
- Dilengkapi dengan FOS yang membantu mengekalkan penghadaman yang baik.
- Sistem imun yang berfungsi dengan baik adalah penting untuk kekal sihat.
2 Dumex Dugro Soy
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Menyokong tumbesaran dan perkembangan menyeluruh si manja berusia 1-3tahun.
- Memberi perlindungan untuk kesihatan kulit, fungsi mata dan tisu badan.
- Tinggi vitamin D dan kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.
- Sangat sesuai kepada anak yang mempunyai alahan pada susu lembu.
3 Dutch Lady
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Sesuai untuk anak 1-3tahun.
- Jenama terkenal dalam pengeluaran susu formula.
- Mudah di dapati dan harga mampu milik.
4 Fernleaf
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Dibuat dengan 100% susu daripada lembu yang diberi makan rumput di New Zealand.
- Sesuai untuk anak 1tahun sehingga umur dewasa(ibubapa pin boleh minum).
- Tinggi kalsium untuk tulang dan gigi yang kuat.
- Kaya dengan protein untuk membantu pertumbuhan dan perkembangan.
5 Anmum Essential
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Diformulasikan untuk pembesaran kanak-kanak berumur 1 -3 tahun.
- Tanpa tambahan gula.
- Membantu perkembangan dan meningkatkan imun anak.
6 S-26 Progress
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Sesuai untuk anak 1-3tahun.
- Membantu menyokong pertumbuhan dan perkembangan anak dengan lebih baik dalam mewujudkan asas pembelajaran yang kukuh.
- Dapat membantu melindungi mata daripada cahaya biru agar tidak mudah rosak.
7 Sustagen Kid
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Sesuai untuk anak 3-6tahun.
- Membantu meningkatkan Bifidobakteria usus dan membantu mengekalkan usus yang baik.
- Ia mengandungi nutrien penting yang terdapat dalam 5 Kumpulan Makanan dari ‘Piramid Makanan’ dan juga mempunyai DHA.
8 Pediasure Petigro
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Sesuai untuk anak 1-10tahun.
- Membantu memberikan nutrisi yang cukup serta perkembangan yang baik.
- Produk ini halal dan selamat.
9 Friso Gold
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Sesuai untuk 1-3tahun.
- Dihasilkan di Belanda.
- Tiada tambahan sukrosa dan perisa.
- Mudah untuk dihadam.
10 Karihome
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Dirumus untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak dari 1 hingga 3 tahun.
- Mengandungi tinggi nukletiod, asid sialik dan taurin secara semula jadi yang penting untuk kesihatan.
- Mempunyai risiko alahan yang sangat rendah.
- Membantu meningkatkan fungsi usus dengan baik.
11 Aptamil KID
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Sesuai untuk 1-3tahun.
- Meningkatkan imuniti untuk pertumbuhan anak yang lebih baik.
- Jenama susu yang terkenal di Eropah.
12 Nankid Optipro
Semak harga dibawah:
Lihat di Shopee
Lihat di Lazada
- Sesuai untuk bayi 1-3tahun.
- Membantu bayi membesar dengan optimum dengan pekembangan DHA dan ARA dengan baik.
- Membantu meningkatkan imuniti si manja.
Kebaikan Susu Formula untuk Bayi
Antara kebaikan susu formula untuk bayi, adalah;
1. Alternatif Bila Susu Ibu Tak Mencukupi
- Kadang-kadang ibu hadapi masalah seperti susu kurang, sakit, atau kes tertentu yang buat penyusuan badan sukar.
- Susu formula jadi pilihan kedua terbaik untuk pastikan bayi tetap dapat nutrisi lengkap.
2. Kaya dengan Nutrien Penting
Susu formula moden sekarang diformulasikan dengan nutrien lengkap termasuk:
- Protein
- Kalsium
- Zat Besi
- Vitamin A, C, D, E
- Asid lemak DHA & ARA (penting untuk perkembangan otak & mata)
Tip: Pilih formula yang ikut umur & keperluan bayi.
3. Boleh Bantu Masalah Alergi & Penghadaman
Ada bayi sensitif dengan susu ibu atau laktosa. Susu formula khas seperti:
- Susu formula tanpa laktosa
- Susu formula hypoallergenic (HA)
- Susu formula soya
Sangat membantu kurangkan risiko alahan, kembung atau cirit-birit.
4. Mudah Dikawal Kuantiti & Jadual Penyusuan
- Ibu boleh tahu dengan tepat berapa banyak susu bayi minum setiap kali. Sesuai untuk bayi yang perlu pemantauan ketat berat badan atau kesihatan.
- Orang Lain Pun Boleh Bantu Susukan Bayi
- Susu formula mudahkan ahli keluarga lain bantu beri susu pada bayi bila ibu tak sihat, bekerja, atau perlu rehat. Ibu pun boleh dapat waktu berehat secukupnya.
5. Boleh Dipilih Ikut Keperluan Khas Bayi
Kini ada pelbagai jenis susu formula di pasaran:
- Untuk bayi pramatang
- Untuk bayi alahan
- Untuk masalah penghadaman
- Susu formula organik
Ibu bapa boleh pilih ikut kesesuaian dan nasihat doktor.
Keburukan Susu Formula untuk Bayi
Selain ada kelebihan, susu formula pun ada beberapa keburukan atau kelemahan yang ibu bapa perlu ambil kira sebelum buat keputusan. Saya senaraikan satu per satu secara mudah faham:
1. Tidak Sama dengan Susu Ibu
Walaupun susu formula lengkap nutrisi, ia tetap tidak dapat tiru sepenuhnya komponen antibodi semula jadi dalam susu ibu yang lindungi bayi daripada jangkitan kuman, penyakit dan alahan.
2. Lebih Mudah Terdedah Kepada Jangkitan
Jika botol susu, puting, dan peralatan tidak disteril dengan betul, susu formula boleh jadi medium pembiakan bakteria yang boleh sebabkan cirit-birit atau muntah-muntah pada bayi.
3. Boleh Sebabkan Masalah Penghadaman
Sebahagian bayi mungkin:
- Sembelit
- Kembung perut
- Cirit-birit
Ini kerana sistem penghadaman bayi baru lahir lebih sensitif, terutama jika salah pilih jenis susu formula.
4. Kos Lebih Tinggi
Susu formula perlu dibeli berterusan – anggaran RM50 hingga RM150 sebulan atau lebih, bergantung jenis & keperluan bayi.
Belum termasuk kos botol, sterilizer dan aksesori.
5. Proses Penyediaan Lebih Renyah
Kena jaga suhu air, pastikan peralatan bersih, dan sukatan betul setiap kali penyediaan. Jika tersalah bancuh terlalu pekat atau terlalu cair, boleh jejaskan kesihatan bayi.
6. Berpotensi Menyebabkan Alahan
Ada bayi alah pada protein susu lembu atau soya dalam susu formula. Gejala termasuk:
- Ruam merah
- Muntah-muntah
- Cirit-birit
- Susah bernafas (kes jarang tapi bahaya)
- Kurang Meningkatkan Ikatan Ibu & Bayi
Penyusuan susu ibu bukan sekadar beri makanan, tapi juga membina sentuhan kulit ke kulit, eye contact dan bonding semula jadi yang sangat penting untuk perkembangan emosi bayi.
Tips Memilih Jenama Susu Formula Terbaik
Sebelum membeli susu formula, ketahui terlebih dahulu beberapa tips ini;
Jenama/Brand
- Pilih susu yang anda kenali jenama/brand.
- Biasanya, susu berjenama telah menjalani pelbagai kajian saintifik sebelum di pasarkan.
- Jangan jadikan si manja sebagai ujikaji tentang sesuatu jenama susu yang anda baru atau belum kenal.
Produk yang di kelaskan mengikut umur
- Pastikan produk mempunyai tahapan, contohnya; Langkah 1, 2 dan 3.
- Setiap umur anak, ianya mempunyai proses perkembangan masing-masing.
- Oleh itu, pemilihan susu formula tidak mengikut peringkat umur anak akan menganggu sedikit proses perkembangannya.
Kandungan nutrisi
- Pastikan kandungan nutrisi susu formula sesuai dengan keperluan anak anda.
- Contohnya; anak yang tidak menyusu badan, ia amat perlu zat besi.
Baca Juga: 10 Jenama Susu Formula Newborn Terbaik Di Malaysia 2023

